KUALA LUMPUR 6 Julai - Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari pertama Indeks Komposit Kuala Lumpur Bursa Malaysia FTSE (FBM KLCI) digunakan pada paras lebih rendah disebabkan prestasi menurun dalam pasaran-pasaran serantau.
Pada akhir dagangan, petunjuk pasaran FBM KLCI susut 6.86 mata kepada 1,065.83 setelah dibuka pada 1,072.69. Jumaat lepas, KLCI ditutup 6.02 mata lebih rendah pada 1,072.69. Indeks FBM KLCI mengukur prestasi 30 syarikat tersenarai terbesar berdasarkan nilai pasaran dengan sekurang-kurangnya 15 peratus apungan bebas.
Indeks Perladangan turun 39.53 mata kepada 5,336.31, Indeks Perusahaan susut 8.98 mata kepada 2,366.53, Indeks Kewangan jatuh 19.17 mata kepada 8,522.95 dan Indeks FBMEmas berkurangan 50.88 mata kepada 7,157.13.
Indeks baru FBM yang mengukur prestasi 100 syarikat terunggul turun 39.77 mata kepada 6,975.79, FBM70 susut 19.38 mata kepada 7,011.31, Indeks FBMMesdaq merosot 49.56 mata kepada 3,926.75 dan Indeks FBM2BRD 48.37 mata lebih rendah pada 4,676.7.
Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 436 berbanding 157 manakala 174 kaunter tidak berubah, 459 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung urus niaga.
Jumlah dagangan mengecil kepada 762.605 juta saham bernilai RM844.032 juta daripada 1.097 bilion saham bernilai RM983.826 juta Jumaat lepas.
Antara saham cergas, KNM Group turun empat sen kepada 75 sen, Talam Corp-RCPS menokok setengah sen kepada tujuh sen, Time Engineering susut 3.5 sen kepada 26.5 sen, Talam Corp luak sesen kepada 8.5 sen dan UEM Land berkurangan sembilan sen kepada RM1.37.
Jumlah dagangan Papan Utama berkurangan kepada 670.424 juta saham bernilai RM820.998 juta daripada 991.288 juta saham bernilai RM956.462 juta Jumaat lepas. Di Papan Kedua, jumlah dagangan susut kepada 56.940 juta unit bernilai RM16.560 juta daripada 56.459 juta unit bernilai RM17.432 juta.
Pasaran Mesdaq mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 21.894 juta saham bernilai RM3.703 juta daripada 28.261 juta unit bernilai RM4.574. Waran turun jumlahnya kepada 10.22 juta unit bernilai RM1.699 juta daripada 14.846 juta unit bernilai RM2.663 juta sebelumnya.
Sektor barangan pengguna menguasai 31.553 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 132.331 juta, pembinaan 45.687 juta, perdagangan/perkhidmatan 201.514 juta, teknologi 6.654 juta, prasarana 26.013 juta, kewangan 35.072 juta, hotel 2.334 juta, harta 169.756 juta, perladangan 18.400 juta, perlombongan tiada, REIT 1.077 juta dan dana tertutup 29,000. - Bernama
July 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com