July 2, 2009

Longgar syarat FIC tak jejas pelabur tempatan

LEMBAGA Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) berkata, langkah kerajaan melonggarkan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) tidak akan menjejaskan pelabur tempatan, sebaliknya bakal membuka lebih banyak peluang untuk mereka dalam bentuk jalinan hubungan dan bekerjasama dengan syarikat asing dalam pelbagai bidang termasuk meluaskan pasaran.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jalilah Baba, berkata pejabat Mida di luar negara sebelum ini mendapat banyak pertanyaan daripada pelabur asing yang berminat bekerjasama dengan syarikat tempatan.

“Menerusi peraturan baru ini, Mida mempunyai lebih banyak fakta untuk diketengahkan kepada pelabur asing dan menggalakkan mereka untuk melabur di negara ini.

“Dalam usaha promosi penggalakan pelaburan sebelum ini, kami dapati ramai pelabur yang berminat untuk melabur di negara ini, namun peraturan yang ditetapkan sering menjadi halangan kepada mereka untuk meneruskan hasrat masing-masing.

“Justeru, langkah pembukaan pasaran ini akan membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk menjalinkan hubungan dan bekerjasama dengan syarikat asing dalam pelbagai bidang,” katanya. Beliau berkata demikian selepas pelancaran ‘The Report 2009’ yang dikeluarkan Oxford Business Group (OBG), di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Ketua Editor OBG, Andrew Jefferys dan Pengarah Negara OBG, Neslihan Aydagul. Jalilah turut menegaskan bahawa kelonggaran garis panduan FIC itu juga adalah dinanti-nantikan kerana ia akan membantu meningkatkan daya saing negara dari segi menarik pelaburan berbanding negara jiran seperti Thailand yang sudah memperkenalkan dasar yang sama lebih awal.

“Jika Malaysia tidak melaksanakannya sekarang, kita akan ketinggalan lebih jauh lagi,” katanya. Mengenai jumlah pelaburan tahun ini, Jalilah berkata dalam tempoh empat bulan hingga April, kerajaan sudah meluluskan sebanyak RM4.9 bilion yang mana daripada jumlah itu RM2.2 bilion membabitkan pelaburan tempatan, manakala RM2.7 bilion pelaburan asing

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers