NILAI pelaburan Khazanah Nasional Bhd meningkat RM15.5 bilion atau 23 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, daripada hanya RM69.5 bilion pada 31 Disember tahun lalu kepada RM85 bilion akhir bulan lalu.
Peningkatan diraih sayap pelaburan di sebalik persekitaran ekonomi global yang mencabar serta suasana pasaran yang tidak menentu. Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata nilai bersih Khazanah meningkat RM11.1 bilion atau 34 peratus kepada RM44 bilion dalam tempoh itu, justeru, menggambarkan nilai asetnya kini adalah 2.1 kali ganda lebih tinggi berbanding tanggungan.
“Kami amat berpuas hati dengan prestasi pelaburan keseluruhan Khazanah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. “Dengan dana tambahan sebanyak RM10 bilion yang akan diperoleh menjelang akhir tahun ini, kami berada di kedudukan terbaik untuk meningkatkan aktiviti pelaburan,” katanya sambil menambah, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua pada Mac lalu, dana tambahan itu akan dilaburkan dalam projek yang memberikan kesan penggandaan yang tinggi kepada ekonomi negara.
Berucap pada hari kedua Persidangan Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, semalam, Azman Mokhtar berkata, Khazanah tahun lalu meraih keuntungan sebelum cukai RM128 juta meskipun berlaku penurunan ketara harga aset di peringkat global.
“Dalam tempoh lima tahun, dari 2004 hingga 2008, Khazanah meraih keuntungan sebelum cukai terkumpul RM5.7 bilion dan membayar dividen serta cukai kepada kerajaan sebanyak RM2.3 bilion,” katanya.
Mengulas mengenai arahan Najib supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjual aset bukan aktiviti teras masing-masing, Azman berkata, Khazanah telah melaksanakan aktiviti itu dan akan terus melaksanakannya secara berperingkat.
Sayap pelaburan kerajaan itu ketika ini menguasai sembilan daripada 20 GLC iaitu Bumiputra-Commerce Bank Bhd (BCHB), Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata Bhd, UEM Group, Penerbangan Malaysia (MAS), Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Pos Malaysia Bhd dan Proton Holdings Bhd. “Dalam tempoh lima tahun lalu, Khazanah telah menjual pelaburan bernilai RM12.6 bilion dan meraih keuntungan sebanyak RM3.6 bilion menerusi lebih 20 urus niaga,” katanya.
Katanya, penjualan kepentingan itu dibuat secara berperingkat antaranya menerusi terbitan bon dan sukuk boleh tukar dan kaedah sama akan dilakukan pada masa akan datang. “Kami pilih urus niaga bon dan sukuk boleh tukar kerana ia membolehkan kami menjana nilai dan mendapatkan pulangan lebih tinggi. Namun, ia juga bergantung kepada keadaan pasaran dan nilai syarikat itu,” katanya.
July 2, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com