KHAZANAH Nasional Bhd melabur AS$25 juta (RM90 juta) dalam Small Bone Innovations, Inc (SBi), syarikat utama Amerika Syarikat (AS) yang memiliki kepakaran dalam bidang ortopedik. Sayap pelaburan kerajaan itu dalam kenyataan semalam berkata, ia adalah sebahagian daripada siri pembiayaan pusingan D berjumlah AS$108 juta (RM388 juta) yang dibuat SBi bersama beberapa pelabur terkemuka global lain termasuk Goldman Sachs Group Inc, Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC), Family Office of Bahrain dan Trevi Health Ventures. Katanya, susulan pelaburan Khazanah itu, SBi memutuskan untuk menubuhkan habnya bagi Asia Pasifik di Kuala Lumpur.
Hab itu akan menjalankan aktiviti seperti penyelidikan bio-bahan, pembangunan produk, ilmu pembedahan serta pengedaran produk perubatan di rantau ini. SBi juga, katanya, sedang meneroka kemungkinan menubuhkan pusat pengilangannya bagi Asia Pasifik di Malaysia.
“Kehadiran SBi di Malaysia dijangka akan menambah bilangan pekerja mahir dan dalam bidang pembangunan produk dan teknologi baru,” kata Khazanah dalam kenyataan itu.
Sayap pelaburan kerajaan itu berkata, kehadiran SBi akan membuka peluang usaha sama antara syarikat itu dengan penyelidik, usahawan dan pakar bedah tempatan, justeru, memberi manfaat kepada pembangunan modal insan ekologi ortopedik tempatan.
Ia juga yakin strategi pembangunan industri baru itu menerusi usaha sama antarabangsa berkenaan akan mewujudkan kesan pemangkin seperti diharapkan. SBi ditubuhkan pada 2004 sebagai antara syarikat terawal dalam industri ortopedik yang memberi tumpuan secara ekslusif terhadap teknologi dan rawatan bagi tulang kecil dan sendi.
Ia kini menawarkan portfolio luas produk yang terbukti secara klinikal untuk merawat anatomi yang dihasilkan menerusi kemudahannya di Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman.
Baru-baru ini, produk terbarunya, Sistem Penggantian Menyeluruh Buku Lali atau ‘Scandinavian Total Ankle Replacement System’ (STAR Ankle), mendapat kelulusan daripada agensi Pentadbiran Ubatan dan Makanan AS.
July 2, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com