July 14, 2009

Bursa rendah seiring kejatuhan Wall Street

KUALA LUMPUR 13 Julai - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada penurunan di Wall Street pada Jumaat minggu lepas di tengah-tengah kebimbangan akan petanda pemulihan ekonomi global, kata para peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.10 mata atau 0.38 peratus kepada 1,063.66 selepas mencecah paras tertinggi harian pada 1,068.50. Ia dibuka tidak berubah pada 1,067.76.

Indeks Kewangan turun 33.16 mata kepada 8,519.06, Indeks Perusahaan susut 4.89 mata kepada 2,367.49 manakala Indeks Perladangan berkurangan 19.49 mata kepada 5,241.33.
Indeks FBMEmas jatuh 34.35 mata kepada 7,163.39, FBM Top 100 turun 29.61 mata kepada 6,978.20, Indeks FBMMesdaq berkurangan 26.21 mata kepada 3,840.52 dan Indeks FBM2BRD susut 11.30 mata kepada 4,698.19.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 377 berbanding 195 manakala 181 kaunter tidak berubah, 479 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Sejumlah 550.844 juta saham bernilai RM841.033 juta bertukar tangan, turun daripada 681.782 juta saham bernilai RM1.110 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Iris Corporation susut setengah sen kepada 16 sen dan Time Engineering turun dua sen kepada 25 sen.

Di kalangan saham wajaran berat, Maybank dan Tenaga Nasional berkurangan lima sen setiap satu masing-masing kepada RM5.60 dan RM7.85 manakala Telekom Malaysia meningkat satu sen kepada RM2.95.

Jumlah dagangan Papan Utama turun kepada 456.549 juta saham bernilai RM809.654 juta berbanding 593.695 juta saham bernilai RM1.082 bilion pada Jumaat minggu lepas. Jumlah dagangan di Papan Kedua juga susut kepada 31.715 juta saham bernilai RM16.983 juta berbanding 45.753 juta saham bernilai RM20.54 juta sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah dagangan Pasaran Mesdaq meningkat kepada 44.612 juta saham bernilai RM9.676 juta daripada 26.616 juta saham bernilai RM4.334 juta.

Waran berkurangan kepada 11.501 juta saham bernilai RM1.931 juta daripada 13.539 juta saham bernilai RM2.043 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 22.812 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 83.995 juta, pembinaan 20.143 juta, perdagangan/perkhidmatan 192.207 juta, teknologi 4.313 juta, prasarana 10.126 juta, kewangan 32.007 juta, hotel 612,600, harta 67.873 juta, perladangan 19.250 juta, perlombongan 10,000, REITs 3.177 juta dan dana tertutup 23,400. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers