July 4, 2009

Smidec kini SME Corp Malaysia

Ambil alih peranan 14 kementerian, 60 agensi PERBADANAN Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) kini dikenali sebagai Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia atau SME Corp Malaysia dengan peranan tambahan sebagai pemberi pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam semua sektor ekonomi. Ini susulan lulusnya Rang undang-undang (Pindaan) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 2009 di Parlimen kelmarin.

SME Corp Malaysia dalam kenyataannya semalam berkata, ia kini berfungsi sebagai penyelaras, pengawas dan penilai pelaksanaan dasar, strategi dan program pembangunan PKS yang dilaksanakan 14 buah kementerian dan 60 agensi kerajaan.

Ia juga akan menjadi pusat maklumat dan rujukan setempat di mana PKS boleh mendapatkan maklumat mengenai semua program pembangunan serta bantuan yang disediakan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Katanya, ia juga berperanan sebagai urusetia kepada Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (NSDC).

SME Corp Malaysia dalam kenyataan itu menjelaskan, pindaan itu sejajar perubahan dan penambahan fungsinya untuk menjadi agensi pelaras pusat PKS bagi memacu pembangunan PKS yang meliputi semua sektor ekonomi termasuk sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian.

Katanya, berikutan pindaan itu ia kini berkuasa memberi pinjaman kepada PKS merentasi semua sektor ekonomi berbanding sebelum ini sebagai penyalur bantuan kewangan kepada hanya sektor pembuatan.

Ia juga kini boleh menubuhkan syarikat bagi menjana pendapatan sendiri jika kerajaan tidak lagi memperuntukkan bajet tahunan kepadanya. Bagaimanapun, katanya jika menubuhkan syarikat, ia akan berkonsepkan kemudahan penggunaan guna sama dan tidak bertujuan untuk bersaing dengan PKS.

SDME berkata, pindaan itu bagi memastikan SME Corp berupaya memainkan peranan dengan lebih berkesan untuk mencapai matlamat pembangunan PKS yang ditetapkan oleh kerajaan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers