KUALA LUMPUR 8 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerima maklum balas daripada pelbagai institusi kewangan asing yang berminat menubuhkan perbankan Islam dan konvensional di negara ini selepas pengumuman liberalisasi kewangan dua bulan lalu.
Gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, reaksi positif itu termasuk dari institusi kewangan di Timur Tengah dan Barat yang berminat untuk mendapatkan tujuh lesen yang dibuka pada tahun ini dan 2011.
''Kita sudah menerima beberapa pertanyaan dan perbincangan mengenai proses permohonan juga sedang dijalankan.
''Bagaimanapun, saya tidak dapat mengulas lanjut kerana ia masih di peringkat awal,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Forum Kewangan Islam Malaysia-United Kingdom di sini hari ini.
Lesen-lesen itu masing-masing membabitkan dua lesen perbankan Islam dan perbankan perdagangan pada tahun ini manakala tiga lesen perbankan perdagangan bertaraf dunia pada 2011.
Dr. Zeti berkata, bank pusat itu dijangka terus menerima maklum balas memandangkan permohonan bagi mendapat lesen-lesen tersebut boleh dibuat sehingga Oktober ini.
Selain itu, terdapat dua institusi kewangan asing turut menyatakan hasrat untuk menjalinkan pakatan dengan institusi kewangan tempatan
July 9, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com