July 9, 2009

Kadar faedah turun jika ekonomi luar semakin buruk

KUALA LUMPUR 8 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menolak kemungkinan menurunkan lagi kadar faedah sekiranya situasi ekonomi luar semakin buruk.
Gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, bagaimanapun dalam keadaan sekarang kadar faedah adalah bersesuaian.

''Tetapi kita tidak dapat menolak dalam keadaan dunia yang serba tidak menentu, apa yang akan berlaku dalam persekitaran luar.

''Jadi, dari semasa ke semasa, kita akan menyemak unjuran, terutama persekitaran luar dan dari situ (unjuran) kita akan menentukan polisi kadar faedah,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Forum Kewangan Islam Malaysia-United Kingdom di sini hari ini.

Beliau yang menegaskan bahawa kadar faedah semasa adalah yang terendah dan keutamaan bank pusat itu sekarang adalah terhadap akses pembiayaan.

Kadar faedah semasa ialah dua peratus selepas BNM mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 150 mata asas antara bulan November 2007 hingga Februari lalu.

Bank pusat itu dijangka mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 29 Julai ini.
Sementara itu, Malaysia dijangka mengekalkan prestasi penurunan dalam pertumbuhan ekonomi pada suku kedua tahun ini seperti suku sebelumnya iaitu -6.2 peratus.

Bagaimanapun, Dr. Zeti berkata, pelaksanaan pelan rangsangan ekonomi bakal memberi kesan dengan jangkaan pemilihan pada pertengahan kedua 2009 dan seterusnya pada 2010.
''Kita telah menyaksikan pelaksanaan (pelan rangsangan) yang agresif dan menjangkakan kesannya menjelang suku ketiga dan keempat,'' ujarnya.

Kerajaan yang menyemak semula Keluaran Dalam Negara Kasar mengunjurkan ekonomi Malaysia menguncup antara empat hingga lima peratus.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers