MUAR 30 Jun - Krisis ekonomi global pada masa ini tidak menjejaskan eksport perabot negara yang terus mencatatkan permintaan berterusan.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, kerajaan yakin industri perabot di negara ini akan terus kompetitif terutamanya dalam menampung permintaan tinggi dari Amerika Syarikat.
Menurutnya, ketika kegawatan ekonomi global kini, permintaan terhadap eksport perabot negara masih lagi kekal malah ia menjadi cabaran untuk menampung permintaan yang diterima.
"Begitu pun, kerajaan yakin industri perabot di negara ini dapat memainkan peranan untuk mencapai nilai eksport perabot sebanyak RM10 bilion menjelang 2010 dan ia tidak mustahil dicapai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis pelantikan ahli jawatankuasa baru empat persatuan industri perabot di sini hari ini.
Empat persatuan yang mengadakan majlis secara bersama itu adalah Persatuan Pengusaha Perabot Malaysia (MFEA), Majlis Perindustrian Perabot Malaysia (MFIC), Persatuan Perabot Johor (JFA) dan Persatuan Perabot Muar (MFA).
Menurut Dompok, berdasarkan perangkaan, eksport perabot negara pada 2007 adalah sebanyak RM8 bilion dan jumlah tersebut meningkat kepada RM8.7 bilion pada tahun berikutnya.
"Industri perabot mempunyai masa depan cerah kerana kita ada kepakaran, teknologi dan bahan mentah bagi mengeluarkan perabot berkualiti tinggi dan berinovasi khusus untuk pasaran eksport," katanya.
Mengenai masalah kekurangan pekerja yang dihadapi industri perabot baru-baru ini, katanya, pihak kementerian akan membincangkannya dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri.
"Memang ada usaha mengurangkan penggantungan buruh asing dalam industri ini, namun nampaknya sambutan untuk tenaga tempatan bagi menampungnya masih belum menggalakkan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap pemain industri perabot di negara ini dapat meneroka bahan baru seperti kenaf serta pokok kelapa sawit sebagai sumber baru dalam membuat perabot.
"Sumber-sumber baru seperti kenaf ini masih lagi dalam proses kajian untuk dijadikan bahan perabot, namun ia mempunyai potensi besar, tambahan pula kenaf dapat dijadikan tanaman pengganti untuk peladang tembakau," katanya.
July 1, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com