July 1, 2009

Peruntuk RM50 juta kepada SLSCD

KUALA LUMPUR 30 Jun - Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) memperuntukkan RM50 juta kepada sektor perkhidmatan di bawah Skim Pinjaman Mudah Pembangunan Kapasiti Perkhidmatan (SLSCD).

Ketua Pembangunan Kewangan MIDF, Nik Izani Nik Muhammad berkata, peruntukan itu diberikan melalui geran yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian (MIDA) untuk program latihan, akreditasi serta pembelian dan pengambilan alih.

MIDF merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Izani berkata, SLSCD diwujudkan untuk mengurangkan kesan liberalisasi ke atas penyedia perkhidmatan tempatan dengan memberi bantuan kewangan untuk membina kapasiti bagi bersaing dan mengukuhkan kecekapan.

Katanya, sehingga 18 Jun lalu, MIDF telah meluluskan 13 permohonan di bawah SLSCD dengan jumlah RM5.3 juta.

''Kami dalam proses mengagihkan pinjaman yang telah diluluskan dan dana berjumlah RM50 juta dijangka diagihkan menjelang September ini kepada syarikat dan penyedia perkhidmatan untuk merangsang ekonomi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Nik Izani berkata, semua sektor kecil perkhidmatan kecuali kewangan, insurans, utiliti dan sektor kecil pembinaan boleh memohon pembiayaan tersebut.
Dana itu hanya mengenakan kadar faedah dua peratus bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan tiga peratus bukan PKS.

Jumlah maksimum pembiayaan ialah RM2 juta dengan margin pinjaman sehingga 90 peratus serta tempoh pembayaran semula sehingga tujuh tahun termasuk tempoh bertenang sehingga dua tahun.

Nik Izani berkata, PKS yang mahu membeli perkakasan, peralatan dan perisian termasuk kos pembangunan berkaitan juga boleh memohon pembiayaan.

MIDF juga menggalakkan lebih banyak syarikat pembuatan memohon pinjaman di bawah Skim Pinjaman Mudah Bagi Modenisasi dan Automasi (SLSAM).

Skim itu bertujuan menggalakkan modenisasi dan automasi dalam proses pembuatan, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh. Pembiayaan SLSAM disediakan oleh MITI tetapi MIDF bertindak sebagai pelaksana.

Syarikat sektor kecil pembuatan yang mahu membiayai pinjaman SLSAM hanya dikenakan kadar faedah sebanyak empat peratus dengan pinjaman maksimum RM5 juta.

Margin pinjaman adalah sehingga 85 peratus bagi jentera dan peralatan dan tempoh bayaran balik sehingga tujuh tahun termasuk tempoh bertenang selama setahun.

Sehingga semalam, pembiayaan SLSAM yang diluluskan kepada syarikat pembuatan berjumlah RM123.7 juta.

meningkatkan kecekapan produk Malaysia dan perkhidmatan dalam pasaran antarabangsa, MIDF turut menyediakan pinjaman Skim Pinjaman Mudah Bagi Penjenamaan Antarabangsa (SLSIB).

SLSIB diwujudkan bagi aktiviti penjenamaan dan penjenamaan semula, mengukuhkan pengagihan rangkaian, penglibatan dalam pameran perdagangan antarabangsa, pembelian jenama Malaysia dan pengagihan rangkaian untuk mempromosi jenama Malaysia serta pengiklanan dan promosi.

Syarikat dan perusahaan yang terlibat dalam sektor perkhidmatan digalak untuk memohon pembiayaan di bawah SLSIB dengan kadar faedah empat peratus serta pinjaman maksimum sehingga RM5 juta.

Katanya, margin pembiayaan pula sehingga 100 peratus dengan tempoh pembiayaan sehingga empat tahun.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers