July 1, 2009

Penguasaan asing dalam syarikat broker ditingkat 70 peratus

KUALA LUMPUR 30 Jun - Had kepentingan asing dalam syarikat-syarikat pembrokeran akan ditingkatkan kepada 70 peratus berbanding 49 peratus sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perubahan itu selaras dengan usaha meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan penyenaraian.

Menurut beliau, pelbagai perubahan besar dalam industri pembrokeran saham telah mengukuhkan pemain-pemain domestik dan meluaskan skop dalam aktiviti-aktiviti pasaran modal.

Katanya, pembabitan asing yang menggalakkan melalui pelbagai skim lesen khas telah memperbaiki persaingan dalam industri tersebut termasuk rangkaian global dalam pasaran modal Malaysia.

Jelasnya, meskipun terdapat syarikat-syarikat pembrokeran meluaskan operasi ke negara lain tetapi syarikat-syarikat itu masih mempunyai banyak peluang untuk mengadakan kerjasama baru, memberi kemudahan peluasan perniagaan domestik dan antarabangsa termasuk mempromosi lebih banyak produk inovasi dan meluaskan kepakaran dan keupayaan.

"Untuk membolehkan perubahan ini berlaku, had pemilikan kepentingan asing dalam syarikat pembrokeran ditingkatkan kepada 70 peratus," katanya dalam ucaptama pada persidangan Invest Malaysia 2009 di sini hari ini.

Jelasnya, kerajaan begitu komited meningkatkan penyenaraian entiti dan aset untuk memastikan lebih banyak penyenaraian yang signifikan serta menyediakan peluang pelaburan bagi pelabur domestik dan antarabangsa dalam ekonomi Malaysia.

"Kita telah memperkenalkan undang-undang yang lebih cekap dan meningkatkan pembiayaan melalui penggabungan Papan Utama dan Kedua.

"Kita juga telah membenarkan penyenaraian asing dan beberapa langkah yang akan dilaksanakan lagi.

"Sehubungan itu, saya menyeru peserta-peserta pasaran supaya mengambil kesempatan perubahan yang dilakukan dengan meningkatkan usaha mengenal pasti syarikat-syarikat domestik dan antarabangsa yang layak untuk disenaraikan di Malaysia," tambahnya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pemilikan segmen borong untuk industri pengurusan dana juga akan dibuka.

Najib berkata, had pemegang kepentingan asing bagi syarikat pengurusan unit amanah juga ditambah kepada 70 peratus berbanding 49 peratus sekarang.

Liberalisasi dalam industri itu akan membenarkan pemilikan 100 peratus pemilikan yang layak dan peneraju syarikat pengurusan dana kukuh beroperasi di Malaysia.

"Perubahan-perubahan ini bertujuan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pengurusan dana di rantau ini," ujar beliau.

Dalam ucapannya, Najib turut menekankan kepentingan modal insan dalam industri pasaran modal yang berasaskan kepada pengetahuan.

Ekoran itu, katanya, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sedang mengkaji semua permohonan visa bagi industri perkhidmatan kewangan dan pasaran modal.

Beliau menjelaskan, usaha menarik dan mengekalkan bakat dalam industri itu adalah kritikal memandangkan persaingan yang kuat di peringkat antarabangsa.

"Kita perlu menyegerakan proses pengambilan khusus bagi bakat antarabangsa," menurut beliau.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers