July 2, 2009

EKONOMI Ekuinas sedia platform perkongsian pintar

DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berkata, penubuhan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) bakal menyediakan platform bagi perkongsian pintar di antara kerajaan dan usahawan Bumiputera.

Presidennya, Syed Ali Alattas, berkata penubuhan dana ekuiti swasta itu adalah tepat pada masanya ketika negara berdepan persekitaran ekonomi tidak menentu ketika ini kerana ia membolehkan risiko perniagaan ditanggung bersama antara syarikat Bumiputera berpotensi dan Ekuinas.

Beliau berkata, penubuhannya yang dibuat berdasarkan pengalaman kerajaan dalam menggariskan dasar meningkatkan ekonomi Bumiputera, dijangkakan turut mampu memperkukuhkan lagi kedudukan syarikat tempatan di pasaran terbuka.

“Penubuhan Ekuinas adalah antara pendekatan yang dinantikan oleh usahawan sebagai kesinambungan daripada dua pakej rangsangan yang dilancarkan sebelum ini. “Malah, ia dijangka mampu meningkatkan pendapatan usahawan, khususnya peniaga kecil yang terbabit dalam pelbagai sektor berpotensi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Kerajaan semalam mengumumkan beberapa pendekatan baru bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan, pada masa sama menggalakkan pemilikan berkesan serta pengekalan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat.

Ini termasuk penubuhan Ekuinas, institusi pelaburan baru dengan dana permulaan RM500 juta yang akan ditingkatkan kepada RM10 bilion mengikut keperluan dengan mensasarkan pelaburan dalam syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk maju.

Syed Ali bagaimanapun menggesa pengagihan dana oleh Ekuinas lebih ditumpukan kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya saing. “Syarikat besar sudah ada kepakaran, kecekapan pengurusan modal yang tinggi.

Ekuinas perlu lebih berperanan membantu meningkatkan keberkesanan usahawan PKS Bumiputera dengan lebih menyeluruh,” katanya sambil menjelaskan ketika ini dianggarkan lebih 10,000 usahawan terbabit dalam sektor peruncitan di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, DPMM akan menganjurkan Festival Pembangunan Usahawan Melayu secara berperingkat mengikut zon pertengahan Ogos ini.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers