SENTIMEN pelabur di pasaran dunia termasuk Malaysia kembali meningkat susulan wujudnya petunjuk sudah berlakunya pemulihan dalam sistem kewangan di Amerika Syarikat (AS) yang menjadi punca kepada krisis ekonomi semasa dan peningkatan dalam permintaan produk semikonduktor.
Di dalam negara, penanda aras utama pasaran saham tempatan, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 17.69 mata atau 1.69 peratus semalam untuk ditutup pada 1,061.80 mata, iaitu paras tertinggi dalam tempoh lebih 11 bulan.
Di pasaran saham Asia yang lain, penanda aras utama Bursa Saham Singapura naik 3.41 peratus; Indonesia (naik 3.24 peratus); Bursa Saham Korea (naik 2.55 peratus); Bursa Saham Hong Kong (naik 2.09 peratus); Bursa Saham Taiwan (naik 1.49 peratus) manakala Bursa Saham Tokyo (naik 0.08 peratus).
Sebelum itu, pada Selasa Indeks Perusahaan Dow Jones, penanda aras utama Wall Street meneruskan peningkatannya apabila meningkat 0.3 peratus selepas meningkat 1.6 peratus pada Isnin.
Pengurus Kanan Pelaburan Institusi Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Deti Affendi Kadir, berkata keputusan kewangan suku kedua di luar jangkaan Goldman Sachs, iaitu kumpulan perbankan kelima terbesar di AS meningkatkan sentimen pelabur seluruh dunia mengenai pemulihan sistem kewangan dan perbankan di AS.
Pada masa sama, katanya Intel Corporation, iaitu syarikat pengeluar cip dan semikonduktor terbesar dunia pula melaporkan peningkatan jualan 12 peratus kepada antara AS$8.1 bilion hingga AS$8.9 bilion, sekali gus mencetuskan keyakinan di kalangan pelabur bahawa kelembapan permintaan semikonduktor dan pasaran komputer global sudah mencecah dasarnya.
Kedua-dua faktor itu telah memulihkan sentimen pelabur di pasaran saham serantau, termasuk Malaysia,” katanya. Kelmarin, Goldman Sachs melaporkan keuntungan bersih suku kedua AS$3.44 bilion (RM12.36 bilion).
July 16, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com