July 16, 2009

Tinjauan Pasaran: Bursa melonjak naik 17.61 mata

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam dengan perolehan kukuh dicatatkan pada saham berkaitan perbankan dan perladangan selepas Wall Street mempamerkan satu lagi peningkatan semalaman.

Kehadiran beberapa dana institusi tempatan menyumbang kepada kerancakan sederhana sementara peniaga runcit dilihat membeli saham berharga murah. Pada penutup, petunjuk pasaran KLCI FTSE Bursa Malaysia melonjak 17.61 mata atau 1.63 peratus kepada 1,097.24 selepas diniagakan setinggi 1,104.87. Ia dibuka tidak berubah pada 1,079.63.

Indeks Kewangan mengukuh 244.27 mata kepada 8,942.75, Indeks Perindustrian meningkat 22.65 mata kepada 2,397.02 dan Indeks Perladangan lebih tinggi 39.17 mata kepada 5,356.74. Indeks FBMEmas mengembang 128.11 mata kepada 7,408.11, FBM Top 100 menambah 115.55 mata kepada 7,199.31, Indeks FBM2BRD naik 69.47 mata kepada 4,814.42 dan Indeks FBMMes-daq lebih tinggi sebanyak 95.80 mata kepada 4,076.37.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan 574 berbalas 120 sementara 151 kaunter tidak berubah, 388 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.365 bilion saham bernilai RM1.788 bilion berbanding 788.982 juta saham bernilai RM1.106 bilion kelmarin. “Terdahulu, bursa tempatan terangsang oleh keuntungan di Wall Street ekoran keputusan kewangan Goldman Sachs Group Inc yang lebih baik daripada dijangkakan," kata seorang peniaga.

Beliau berkata yang sentimen positif pasaran turut didorong oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih kukuh dan jangkaan akan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) China yang menggalakkan yang dijadual dikeluarkan hari ini.

Mendahului saham aktif, KNM Group naik 8.5 sen kepada 83.5 sen, SAAG Consolidated menokok 3.5 sen kepada 29.5 sen, Time Engineering menambah 1.5 sen kepada 29.5 sen, Iris Corporation lebih tinggi setengah sen kepada 17.5 sen dan Sino Hua-An mengukuh satu sen kepada 52 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank dan Maybank, masing-masing mengembang 25 sen kepada RM9.95 dan RM5.90 sementara Tanjong melonjak 20 sen kepada RM14.40. PPB Group meningkat 20 sen kepada RM12.00, Boustead naik 18 sen kepada RM4.06 dan Sime Darby menokok 15 sen kepada RM7.35.

Jumlah dagangan di papan Utama naik kepada 1.141 bilion saham bernilai RM1.729 bilion berbanding 650.771 juta saham bernilai RM1.067 bilion kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua juga lebih tinggi kepada 83.383 juta saham bernilai RM35.725 juta daripada 41.344 juta saham bernilai RM19.302 juta.

Jumlah dagangan di pasaran Mesdaq mengukuh kepada 93.927 juta saham bernilai RM14.511 juta daripada 63.571 juta saham bernilai RM13.808 juta. Waran pula menokok kepada 42.151 juta saham bernilai RM6.507 juta daripada 30.667 juta bernilai RM3.921 juta.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 46.810 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 260.285 juta, pembinaan 80.295 juta, dagangan/perkhidmatan 388.720 juta, teknologi 17.068 juta, infrastruktur 35.398 juta, kewangan 79.811 juta, perhotelan 1.484 juta, hartanah 199.799 juta, perladangan 29.159 juta, perlombongan sifar, REIT 2.264 juta dan dana tertutup 47,600. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers