PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) akan menawarkan 1.6 bilion unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) yang dibuka langganannya untuk semua rakyat Malaysia. Unit tambahan ASM itu yang turut merangkumi baki unit kuota Bumiputera yang belum habis dilanggan akan dibuka untuk langganan bermula Selasa minggu depan.
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata dalam tempoh tujuh hari bermula hari pembukaannya, setiap pelabur hanya boleh melanggan maksimum 20,000 unit pada asas ‘siapa cepat dia dapat’.
Bagaimanapun, katanya jika masih ada baki unit yang masih tidak dilanggan selepas tempoh itu, pelabur boleh melanggan tanpa sebarang had. Beliau berkata, bagi melanggan unit tambahan itu, pelabur boleh mengunjungi pejabat cawangan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan Pos Malaysia mulai jam 8 pagi hingga 4 petang, manakala urus niaga di ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank bermula jam 9.15 pagi hingga jam 4.00 dan 4.30 petang.
“Semua urus niaga ASM hendaklah dilakukan dengan wang tunai di pejabat cawangan ASNB dan semua ejen ASNB. Bank deraf hanya diterima di pejabat cawangan ASNB saja,” katanya sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
ASM adalah sebuah dana ekuiti-pendapatan dan dilancarkan pada 2000 dengan matlamat memberikan peluang pelaburan jangka panjang kepada pemegang unit menerusi pengekalan modal di samping menjana pulangan berdaya saing dan berterusan menerusi portfolio pelaburan yang pelbagai.
Ia adalah saham amanah berharga tetap dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia berusia enam bulan ke atas. ASM dilancarkan dengan saiz dana berjumlah dua bilion unit, yang mana ia habis dilanggan dalam tempoh 21 hari. Bagaimanapun, sejumlah 3.33 bilion unit tambahan ASM diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada acara Minggu Saham Amanah Malaysia, yang mana buat pertama kali sistem kuota diperkenalkan bagi melanggan saham amanah itu.
Daripada 3.33 bilion unit tambahan itu, 999 juta unit diperuntukkan kepada kaum Cina dan 500 juta lagi kepada India, manakala 1.6 bilion untuk Bumiputera.
July 16, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com