July 7, 2009

Dasar pastikan negara kompetitif diperkemas

KERAJAAN sedang memperkemaskan dasarnya bagi memastikan negara lebih kompetitif dan berada dalam kedudukan baik apabila ekonomi global pulih, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita akan lihat bagaimana ia (pendekatan baru ekonomi diperkenalkan baru-baru ini) berkembang. Apa yang lebih penting ialah membina kekuatan persaingan kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Menara Pejabat 50 Tingkat Kumpulan Syarikat Naza di Platinium Park, Kuala Lumpur.

Hadir sama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail dan Pengerusi Naza TTDI Sdn Bhd SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika ditanya sama ada rakyat boleh menjangkakan lebih banyak langkah pendekatan baru ekonomi diperkenalkan oleh kerajaan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, keutamaan buat masa ini ialah memperkemaskan dasar dan menjadikannya lebih selari dengan apa yang diperlukan dalam meletakkan Malaysia dari aspek persekitaran ekonomi global. “Langkah itu bagi memastikan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik apabila pemulihan ekonomi berlaku nanti,” katanya.

Selasa lalu, kerajaan mengumumkan beberapa pendekatan baru bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan dan pada masa yang sama menggalakkan pemilikan berkesan serta berkekalan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat.

Ia antara lain membabitkan kelonggaran terhadap Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) berkaitan pembelian kepentingan, penggabungan dan pengambilalihan; kegiatan meraih dana oleh syarikat senaraian awam serta pembelian hartanah.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi tumpuan terhadap syarikat Bumiputera yang rajin berusaha dan mahu mengejar kejayaan supaya mampu menempah nama pada peringkat negara serta global.

Katanya, kini sudah menjadi hasrat kerajaan untuk membantu syarikat Bumiputera yang berdaya saing dan berusaha keras untuk menempah kejayaan dalam bidang diceburi.

Beliau berkata, sokongan daripada kerajaan itu penting kerana ia mampu melahirkan syarikat Bumiputera berjaya pada peringkat negara serta global. “Kita tak mahu tebarkan bantuan tanpa memberi fokus kepada syarikat yang hanya mahu mencari keuntungan singkat tanpa berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Najib menegaskan, syarikat Bumiputera perlu mencontohi usaha gigih dilakukan Kumpulan Naza sehingga memperoleh kejayaan apabila bermula dengan modal yang kecil. “Syarikat seperti ini, yang rajin berusaha, apabila kita bagi bantuan RM100 akan bertambah keuntungannya sehingga jutaan ringgit.

Jadi, kalau nak lahirkan Bumiputera seperti ini kita perlu mengambil panduan usaha Syarikat Naza iaitu pengasasnya Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers