KUALA LUMPUR 6 Julai - Penanda aras indeks saham mewah domestik Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) telah mengalami transformasi dengan dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia IKKL (FBM IKKL) berkuat kuasa hari ini.
Penanda aras baru itu, mewakili 30 saham terpilih antarabangsa yang dijangka menggunakan perkiraan indeks FTSE.
Ia juga dapat menikmati pendedahan global tambahan serta meletakkan lebih peluang terhadap aliran modal antarabangsa ke dalam pasaran domestik.
Timbalan Ketua Eksekutif FTSE Group, Donald Keith berkata, indeks FTSE merupakan pilihan pelabur sejagat sebagai kaedah untuk pelbagai tujuan pelaburan.
''Langkah Bursa Malaysia memilih untuk mengembangkan kerjasama dengan FTSE dengan meletakkan indeks FTSE sebagai sebahagian daripada siri Bursa Malaysia adalah bertepatan pada masanya.
''FTSE kini memasukkan saham-saham mewah tempatan bagi beberapa pasaran antarabangsa termasuk United Kingdom, Itali, Singapura dan Afrika Selatan,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
FTSE Bursa Malaysia IKKL, akan dipasarkan secara bersama antara FTSE dan Bursa Malaysia untuk pelabur domestik dan antarabangsa, dan akan menawarkan manfaat tambahan kepada inisiatif perkembangan pasaran tempatan.
''Antaranya adalah ketelusan dan pengurusan risiko melalui peningkatan frekuensi pengiraan serta akses kepada indeks saham mewah di peringkat serantau dan global melalui sistem klasifikasi standard serta pengagihan kepada rangkaian tambahan di 77 negara seluruh dunia pada masa sebenar,'' tambah Keith.
Nilai pembukaan FTSE Bursa Malaysia IKKL adalah berdasarkan nilai penutup pada Jumaat lalu bagi memastikan pengalihan lancar kepada semua pengguna indeks.
Produk kewangan seperti FBM30etf, Indeks Hadapan IKKL dan Indeks Pilihan Kuala Lumpur akan menggunakan FTSE Bursa Malaysia IKKL bermula hari ini.
Perubahan lain kepada siri indeks FTSE Bursa Malaysia termasuk FTSE Bursa Malaysia 30 Indeks Besar dan FTSE Bursa Malaysia Indeks 100.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.ftse.com/bursamalaysia dan www.bursamalaysia.com.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com