July 10, 2009

AirAsia lancar kurier kos rendah

AIRASIA Bhd melancarkan perkhidmatan kurier kos rendah, dikenali Redbox yang dijangka memberikannya pendapatan tambahan kira-kira RM30 juta setahun mulai tahun depan. Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata pasaran perkhidmatan itu adalah cerah dan dijangka mendapat sambutan memandangkan caj perkhidmatan penghantaran biasa yang agak mahal.

Beliau berkata, perkhidmatan kos rendah pertama dunia itu adalah 50 peratus lebih murah daripada yang dikenakan kebanyakan syarikat kurier sedia ada.

“Kami tidak menjangkakan pulangan yang besar dalam tempoh enam bulan akan datang daripada perkhidmatan ini. Bagaimanapun ia dijangkakan memberikan pendapatan tambahan kira-kira RM30 juta tahun depan,” katanya selepas majlis pelancaran perkhidmatan Redbox di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Mail Boxes Etc (MBE), Brian Chow; Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani; Ketua Serantau bahagian kargo AirAsia, Sathis Manoharen dan Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif DMSBT Group iaitu rakan kongsi kepada Google Enterprise Partner, Damien Santer.

Tony berkata, untuk menghantar bungkusan menerusi Redbox, pelanggan boleh menempah menerusi laman web http://redbox.airasia.com atau www.airasia.com dan memilih destinasi penghantaran, saiz kotak dan pakej berat seterusnya membayar secara online menggunakan kad kredit atau debit.

Mereka juga boleh membuat transaksi tunai menerusi pusat jualan di rangkaian kedai Mail Boxes Etc. “Redbox menawarkan perkhidmatan pintu ke pintu menggunakan maklumat tempahan di laman web berkenaan,” kata Tony.

Harga bagi perkhidmatan itu adalah antara RM47 hingga RM193 bergantung kepada saiz kotak dan pakej berat. Kotak Redbox didatangkan dalam 10 saiz dengan pecahan berat antara lima kilogram (kg) hingga 25 kg.

Sementara itu, Azran berkata, buat permulaan perkhidmatan Redbox disediakan bagi penghantaran bungkusan di antara kawasan tengah Semenanjung iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa kawasan terpilih di Negeri Sembilan dengan Sabah dan Sarawak meliputi bandar raya Kuching, Miri, Sibu, Kota Kinabalu, Labuan dan Sandakan.

“Ia akan diperluaskan ke semua destinasi AirAsia dan AirAsia X, awal tahun depan,” katanya, sambil menambah tempoh penghantaran adalah antara dua hingga tiga hari bekerja.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers