July 10, 2009

Jualan kenderaan di China meningkat 36.5 peratus

JUALAN kenderaan di China meningkat 36.5 peratus bulan lalu, iaitu satu lagi petunjuk kejayaan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi negara itu. Agensi berita Xinhua yang memetik China Association of Automobile Manufacturers (CAAM), melaporkan firma pengeluar kenderaan tempatan negara itu serta rakan usaha sama asing mereka, menjual lebih 1.1 juta unit kenderaan bulan lalu.

Katanya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan kenderaan di negara itu meningkat 17.7 peratus kepada 6.1 juta unit daripada tempoh sama tahun lalu, sementara kadar pengeluaran bertambah 15.2 peratus kepada enam juta unit.

Katanya, jualan itu adalah rekod tertinggi dalam sejarah bagi tempoh separuh tahun. CAAM menyatakan, Jun menandakan bulan keempat berturut-turut jualan kenderaan di China mengatasi angka 1.1 juta unit.

Penolong Ketua Setiausaha CAAM, Zhu Yiping, berkata pelan rangsangan semula industri automotif yang dilaksanakan kerajaan, tanda-tanda pemulihan dalam ekonomi dan kembalinya keyakinan pengguna, membantu sektor automotif negara itu kembali pulih.

“Krisis kewangan global hanya memberi kesan jangka pendek kepada pasaran automotif tempatan. Tetapi, ia tidak melakukan sebarang perubahan ke atas aliran pantas pembangunan industri itu,” katanya. - AFP China buat kali pertama pada Januari lalu, mengambil alih kedudukan Amerika Syarikat sebagai pasaran kenderaan terbesar dunia.

Ia susulan pelaksanaan beberapa insentif yang diperkenalkan kerajaan China dalam merangsang perbelanjaan domestik. Antara lain, insentif itu termasuk pemotongan cukai pembelian untuk kereta dengan enjin yang mempunyai kapasiti kecil daripada 1.6 liter dan memberi subsidi untuk kenderaan yang dijana tenaga alternatif.

Xinhua melaporkan, CAAM meramalkan jualan keseluruhan tahun ini akan melebihi 11 juta unit, meningkat daripada 10.2 juta anggaran yang dibuat awal tahun ini. Tahun lalu, jualan kenderaan di China meningkat kira-kira lapan peratus kepada 9.4 juta unit - sejajar dengan piawaian kadar pertumbuhan China susulan kemerosotan permintaan berikutan kelembapan ekonomi global.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers