HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit semalam, dirangsang oleh belian minit terakhir di kaunter berkaitan indeks, tetapi kebanyakan saham perladangan masih kekal dalam ‘kawasan negatif’.
Pada akhir hari urus niaga, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 0.21 mata kepada 1,065.68 berbanding penutup kelmarin selepas dibuka satu mata lebih rendah pada 1,064.47.
Di Wall Street, Indeks Perindustrian Dow Jones menokok 0.18 peratus untuk ditutup pada 8,178.41, sementara S&P 500 turun 0.17 peratus kepada 879.56.
Kaunter perladangan di Bursa Malaysia ialah antara yang terjejas teruk ekoran kerugian ketara dalam harga komoditi, kata seorang peniaga. Sektor komoditi terjejas oleh kebimbangan yang berterusan terhadap tinjauan ekonomi global yang menyaksikan para peniaga tidak memasuki pasaran.
Harga minyak sawit mentah telah menjunam 28 peratus daripada paras kemuncaknya RM2,789 setan pada 13 Mei kepada sekitar RM2,000 pada masa ini dan dijangka akan terus berhadapan dengan tekanan menurun.
Indeks Perladangan merosot 46.37 mata kepada 5,235.45 dengan saham seperti Batu Kawan susut 15 sen kepada RM8.45, Astral Asia turun 12.5 sen kepada 95.5 sen dan KL Kepong menurun 10 sen kepada RM11.70.
Indeks Perindustrian menambah 4.99 mata kepada 2,374.58, Indeks Kewangan naik 42.55 mata kepada 8,573.82 dan Indeks FBMEmas lebih tinggi 16.66 mata kepada 7,179.55. Indeks FBM Top 100 melonjak 6.79 mata kepada 6,987.32, Indeks FBM70 mengukuh 28.30 mata kepada 6,987.32, Indeks FBMMesdaq lebih tinggi 2.79 mata kepada 3,880.84 dan Indeks FBM2BRD meningkat 31.33 mata kepada 4,703.17.
Saham untung mengatasi saham rugi dengan 349 berbalas 201 sementara 214 kaunter tidak berubah, 468 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung urus niaga.
Jumlah dagangan mengembang kepada 697.589 juta saham bernilai RM1.146 bilion daripada 672.184 juta saham bernilai RM1.169 bilion pada Rabu. Dalam senarai aktif, KNM Group menokok satu sen kepada 74.5 sen, Sino Hua-An menambah setengah sen kepada 52 sen, Axiata Group turun dua sen kepada RM2.50 dan Talam meningkat setengah sen kepada sembilan sen.
Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby dan Tenaga Nasional, masing-masing tidak berubah pada RM7.20 dan RM7.60, sementara IOI Corp berkurangan enam sen kepada RM4.54, Maybank mengembang lima sen kepada RM5.80 dan MISC kekal pada RM8.45.
Jumlah dagangan di Papan Utama melonjak kepada 623.643 juta saham bernilai RM1.119 bilion daripada 597.798 juta saham bernilai RM1.148 bilion. Jumlah dagangan di Papan Kedua naik kepada 42.083 juta unit bernilai RM21.296 juta daripada 31.822 juta unit bernilai RM13.060 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq lebih rendah kepada 18.604 juta saham bernilai RM2.794 juta daripada 23.340 juta unit bernilai RM3.764 juta. Waran pula berkurangan kepada 10.012 juta unit bernilai RM1.325 juta daripada 17.420 juta unit bernilai RM3.065 juta.
Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 17.344 juta saham yang diniagakan di papan utama, produk perindustrian 150.487 juta, pembinaan 42.110 juta, urus niaga/perkhidmatan 192.101 juta, teknologi 4.658 juta, infrastruktur 19.462 juta, kewangan 30.931 juta, perhotelan 1.007 juta, hartanah 133.081 juta, perladangan 29.290 juta, perlombongan 2,000, REIT 3.153 juta dan dana tertutup 13,000. - Bernama
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com