BILANGAN syarikat dari Amerika Syarikat (AS) yang berada dalam senarai Fortune 500 yang membariskan syarikat utama dunia jatuh ke paras terendahnya, sementara bilangan syarikat dari China pula menyaksikan peningkatan.
Ia menunjukkan krisis kewangan telah memberikan kesan yang hebat ke atas ekonomi AS yang menyaksikan syarikat bukan dari AS menduduki senarai teratas buat pertama kali dalam tempoh sedekad apabila gergasi minyak Belanda, Royal Dutch Shell muncul sebagai syarikat berbesar dunia. Syarikat itu mencatatkan jualan AS$15 bilion lebih tinggi daripada syarikat pesaingnya dari AS, Exxon Mobil.
Syarikat dari China, menyaksikan peningkatan membabitkan segenap sektor ekonomi dengan gergasi minyaknya, Sinopec muncul dalam 10 senarai teratas buat pertama kali. Sinopec, yang juga dikenali sebagai China Petroleum & Chemical Corp, membekalkan kira-kira 80 peratus daripada keperluan minyak China.
Secara keseluruhan, China mempunyai sejumlah 37 syarikat yang tersenarai dalam senarai itu, dengan sembilan daripadanya adalah muka baru manakala yang lain memperbaiki kedudukan.
Majalah perniagaan Fortune berkata, peruncit AS, Wal-Mart Stores jatuh daripada kedudukan teratas tahun lalu ke tangga ketiga, dengan pendapatan melebihi AS$405 bilion.
Bagaimanapun bilangan syarikat dari AS yang berada dalam senarai 500 tertinggi jatuh kepada 140, iaitu paras paling rendah sejak senarai Fortune itu dimulakan pada 1995. Jepun berada di tangga kedua dengan 68 syarikat, manakala Perancis dan Jerman hanya menang tipis dengan China dengan jumlah syarikat masing-masing berjumlah 40 dan 39. Secara keseluruhan, syarikat di tangga teratas, Shell mencatatkan pendapatan AS$458 bilion manakala Exxon Mobil berjumlah AS$442.8 bilion.
Syarikat di tangga keempat adalah gergasi minyak British dengan pendapatan berjumlah AS$367 bilion diikuti syarikat minyak AS, Chevron (AS$263 bilion); firma minyak Perancis, Total (AS$234.6 bilion); perbadanan minyak AS, ConocoPhillips (AS$230.7 bilion); konglomerat insurans Belanda, ING Group (AS$226.5 bilion), Sinopec (AS$207.8 bilion) dan pengeluar automotif Jepun, Toyota Motor (AS$204 bilion). - AFP Tujuh daripada syarikat berada di tangga 10 teratas adalah syarikat minyak dan hanya sebuah adalah syarikat automotif.
Antara syarikat AS yang tercicir daripada senarai kali ini adalah syarikat berkaitan isi rumah yang menerima kesan teruk krisis ekonomi antaranya AIG, Freddie Mac dan Lehman Brothers, manakala syarikat negara itu yang sedang meningkat naik adalah Google, Amazon dan Nike.
Ketika mengumumkan kedudukan itu, majalah Fortune berkata, berdasarkan laporan Majlis Perisikan Kebangsaan AS bertajuk Global Trends 2025, jika arah aliran itu berterusan “menjelang 2025 nanti, China akan menjadi negara ekonomi kedua terbesar dunia.”
Mengikut kajian yang dijalankan organisasi penyelidikan AS, Carnegie Endowment for International Peace tahun lalu, ekonomi China akan mengambilalih kedudukan AS pada 2035 dan saiz ekonominya akan meningkat dua kali ganda menjelang pertengahan abad ini.
Kedudukan syarikat dalam senarai Fortune dibuat hanya berdasarkan kepada jumlah pendapatan, manakala kedudukan syarikat yang dibuat oleh organisasi lain turut mengambil kira faktor lain seperti keuntungan serta lain-lain faktor.
July 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com