ETIQA Takaful Bhd memenangi Anugerah Bank Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2009, yang diadakan sempena Persidangan Takaful Antarabangsa Ketiga 2009 di London baru-baru ini.
Anugerah itu disampaikan kepada Etiqa, satu-satunya syarikat takaful Malaysia yang diberi pengiktirafan dalam acara global 17 kategori itu, oleh ahli House of Lords, Mohd Shiekh, yang juga Ketua Forum Konservatif Muslim.
Tahun lalu, Etiqa Takaful memenangi anugerah Pemasaran Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2008.
Ketua Eksekutifnya, Mohd Tarmidzi Ahmad Nordin, berkata Etiqa menjadi penyedia takaful pertama di Malaysia dengan memperkenalkan Produk Berkaitan Pelaburan Patuh Syariah, yang menyaksikan produk Al-Waqi mendapat sambutan menggalakkan dengan caruman lebih RM100 juta.
Katanya, pertumbuhan 58.9 peratus dalam tempoh hanya sembilan bulan pertama perniagaan perbankan takaful bagi tahun kewangan 2008/2009, sekali gus membuktikan kepercayaan rakan bank takaful dan juga pelanggan terhadap syarikat.
“Ia dengan sendirinya menjadi pemacu di sebalik pertumbuhan Etiqa yang mencapai pertumbuhan perniagaan 32.1 peratus pada sembilan bulan pertama tahun kewangan tahun ini,” katanya selepas menerima anugerah itu pada di majlis makan malam Anugerah Takaful Antarabangsa 2009, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengarah Forum Perniagaan Asia Barat, Mohamed Abdullah, berkata Etiqa disanjung tinggi kerana prestasi yang dicatatkan dalam suasana ekonomi semasa dan juga produknya yang ringkas dan inovatif dalam Bank Takaful.
“Pertumbuhan Etiqa dalam perniagaan perbankan takaful jelas membuktikan keupayaannya untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang sesuai bersama rakan banknya,” katanya. Anugerah Takaful Antarabangsa diperkenalkan sempena Sidang Takaful Antarabangsa kedua 2008 yang dianjurkan Afkar Consulting manakala Forum Perniagaan Asia Barat, Sidang Takaful Antarabangsa 2009 mendapat sambutan hebat menerusi kehadiran 300 perwakilan dari lebih 30 negara. Kesemua calon berkenaan dinilai oleh profesional pasaran bebas sebelum melayakkan mereka memenangi di antara 17 kategori dalam Anugerah Takaful Antarabangsa 2009.
July 15, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com