July 7, 2009

Great Eastern lancar produk baru

GREAT Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd yakin menjana premium berwajaran perniagaan baru sebanyak RM800 juta pada 2009, peningkatan kira-kira 25 peratus daripada RM630 juta yang dicatatkan tahun lalu.

Pengarah dan Ketua Eksekutifnya, Koh Yaw Hui, berkata keyakinan itu bersandarkan pelancaran produk insurans berkaitan pelaburan terbarunya, Smart Portfolio, yang menyediakan pilihan pelan insurans lebih meluas dalam tempoh enam bulan ini.

Katanya, kejayaan syarikat merekodkan pertumbuhan 59 peratus atau RM170 juta dalam premium perniagaan baru pada suku pertama tahun ini juga meningkatkan keyakinannya untuk terus menerajui perniagaan insurans hayat di negara ini.

Beliau berkata, pelanggan tidak perlu gusar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia merosot sedikit pada suku pertama tahun ini kerana Smart Portfolio menawarkan pilihan bijak. “Justeru, kami yakin produk ini mampu meningkatkan jumlah premium berwajaran bagi perniagaan baru kepada RM800 juta tahun ini daripada RM630 juta pada tahun lalu,” katanya yang mensasarkan premium RM200 juta daripada Smart Portfolio.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Smart Portfolio di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Pemasaran Great Eastern, Loke Kah Meng serta Naib Presiden Kanan dan Ketua Bahagian Perolehan Pelanggannya, Song Hock Wan.
Smart Portfolio merangkumi empat keperluan khusus iaitu perlindungan, pelaburan, pendidikan dan persaraan dikenali sebagai Smart Protection Series, Smart Investment Series, Smart Education Series dan Smart Retirement Series direka bagi memenuhi keperluan gaya hidup pelbagai peringkat umur.

Koh menjelaskan, Smart Protection Series memberikan perlindungan komprehensif dengan premium berpatutan serendah RM100 bagi perkara luar jangkaan, manakala Smart Investment Series fokus kepada pelaburan, dengan premium minimum RM500.

Katanya, Smart Education dan Smart Retirement Series dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun depan. Dalam pada itu, beliau berkata, syarikat merancang memperluaskan segmen berkaitan pelaburan menerusi pengenalan produk baru.

Mengenai liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan, Koh berkata, langkah itu bakal memanfaatkan Great Eastern secara langsung kerana syarikat kini boleh menjual produk bancassurance menerusi syarikat induknya, Oversea-Chinese Banking Corporation Ltd (OCBC).

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers