AIRASIA mengumumkan perkhidmatan baru dari Pulau Pinang ke Hong Kong bermula 31 Julai ini sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menjadikan Pulau Pinang hab kelapan syarikat penerbangan tambang murah itu.
Perkhidmatan penerbangan itu tepat pada masanya dan dijangka mendapat sambutan kerana mempunyai kelebihan besar memandangkan rangkaian laluan menyeluruhnya serta tambang murah.
AirAsia juga menambah kekerapan keduanya ke Singapura dari Pulau Pinang untuk menampung permintaan pelancong dan ahli perniagaan.
Sektor baru ke Hong Kong dan pengenalan kekerapan kedua ke Singapura itu membuka jualan bagi tempoh tempahan dari 7 hingga 12 Julai untuk jalanan dari 31 Julai 2009 hingga 30 April 2010.
AirAsia dalam satu kenyataan, semalam berkata, ia akan menawarkan tambang bermula RM99 ke Hong Kong dan RM51 ke Singapura sempena pelancaran sektor terbabit. Katanya, menerusi bahagian percutiannya, GoHoliday, ia menawarkan tetamu bilik percuma selepas tempahan di hotel rakan kongsinya di Hong Kong.
Promosi itu ditawarkan melalui laman web goholiday.airasia.com dan disediakan bagi asas siapa cepat dia dapat. “Pada ketika sesetengah syarikat penerbangan mengurangkan laluan dan kapasiti, kami menongkah arus dengan rancangan pengembangan agresif, menambahkan kekerapan di laluan yang terbukti ada permintaan dan pastinya bagi laluan Pulau Pinang-Hong Kong serta Pulau Pinang-Singapura,” kata Ketua Komersial serantau AirAsia, Kathleen Tan.
“Kami berharap memperkenalkan sektor baru ke Shenzen dan Guangzhou dari Pulau Pinang pada masa depan,” katanya. Tan berkata, laluan Hong Kong itu membentuk sebahagian daripada strategi AirAsia untuk menjadikan Kuala Lumpur pintu masuk ke destinasi Asia lain.
Hubungan syarikat penerbangan itu dengan anggota gabungan jarak jauhnya AsiaAsia X juga akan menghubungkan trafik dari Australia dan United Kingdom ke bandar di China, katanya.
July 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com