July 7, 2009

Exim Bank perluas jangkauan operasi

EXPORT-IMPORT Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) komited untuk terus menyediakan kemudahan perbankan dan perlindungan insurans, khusus bagi pengeksport tempatan serta pelabur yang ingin mengembangkan perniagaan di dalam dan luar negara.

Bank itu berkata, walaupun 2009 disifatkan tahun mencabar susulan kelembapan ekonomi global berpanjangan, pihaknya akan terus menyediakan sokongan untuk pelanggan sedia ada serta mempunyai prospek untuk berkembang maju.

Tahun lalu, bank itu meluluskan sejumlah RM460.3 juta pinjaman langsung serta jaminan untuk pelanggan dalam sektor pembinaan, pelaburan, pembuatan dan dagangan komoditi.

“Ketika ini, Exim Bank menyokong keperluan pembiayaan syarikat tempatan dan pelabur yang mempunyai operasi dalam empat benua di seluruh dunia. “Buat masa ini, Asean dan Asia Barat adalah penyumbang utama kepada portfolio Exim Bank dengan kadar kira-kira dua pertiga pendedahannya, manakala Afrika, Eropah dan Asia Pasifik mewakili selebihnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tahun lalu, sejumlah RM2.43 bilion nilai perniagaan diinsuranskan menerusi segmen insurans kredit perdagangan berbanding RM2.78 bilion pada 2007.

Dalam segmen perniagaan insurans berisiko politik dan komersial, bank itu meluluskan RM120 juta nilai perniagaan tahun lalu dengan mengambil kira pendekatan berhati-hati pihaknya dalam krisis ekonomi global.

Justeru, katanya, jumlah keseluruhan eksport Malaysia di insurans tahun lalu berjumlah RM2.55 bilion dan ia merangkumi 72 negara, khususnya Asia dan Afrika. Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Exim Bank, Mohd Fauzi Rahmat, berkata pihaknya kini bersedia memperluaskan jangkauan operasinya dalam usaha memberi pilihan lebih baik untuk pelanggan. Katanya, Exim Bank akan memperkenalkan beberapa produk terbaru antara lain termasuk produk berasaskan syariah.

“Exim Bank turut merancang memperkenalkan produk takaful menjelang 2010,” jelasnya. Mohd Fauzi menambah, bagi mengukuhkan lagi kapasiti Exim Bank, dana pemegang saham bank itu ditingkatkan kepada RM2.8 bilion tahun lalu berbanding RM839 juta tahun sebelumnya.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan bank dapat berkembang sebagai sebuah institusi pembiayaan pembangunan (DFI) yang aktif membantu pengeksport Malaysia serta pelabur jangka sederhana dan panjang.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, Exim Bank mencatat keuntungan bersih RM20.2 juta, sekali gus kembali mencatat keuntungan berbanding kerugian RM50.2 juta dalam tempoh sama, tahun sebelumnya. Pendapatan operasinya dalam tahun dikaji meningkat 11.6 peratus kepada RM223.3 juta berbanding RM200 juta, sebelumnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers