July 7, 2009

GLC latih bakal pemimpin

MASA depan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergantung kepada kemampuan organisasi itu melahirkan pemimpin berpengetahuan tinggi dan berkelayakan untuk menerajui syarikat milik kerajaan.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata bagi memastikan matlamat itu dicapai, program peningkatan kemahiran kakitangan GLC dilihat sebagai langkah penting ke arah menyediakan barisan pemimpin GLC masa depan.

“Masa depan GLC bergantung kepada pembangunan sumber manusia GLC itu yang antaranya boleh dilaksanakan menerusi skim pertukaran kakitangan sesama GLC bagi tujuan peningkatan kemahiran bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran skim pertukaran kakitangan di kalangan GLC di Kuala Lumpur, semalam. Majlis pelancaran skim itu disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Azman berkata, skim pertukaran kakitangan GLC yang dimulakan Jun tahun lalu bagi program latihan setahun membabitkan hanya 15 kakitangan daripada 10 GLC.

“Skim ini kini memasuki fasa kedua membabitkan 35 peserta di kalangan 18 GLC,” katanya. Skim di bawah inisiatif ‘Buku Jingga: Mengukuhkan Perkembangan Kepimpinan’ kelolaan Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) mempunyai tiga matlamat utama iaitu membangunkan pemimpin perniagaan GLC yang berprestasi tinggi, mewujudkan generasi pemimpin baru serta membolehkan pertukaran pengetahuan dan kemahiran di antara GLC.

Azman yang juga Pengerusi Sekretariat PCG berkata, di bawah skim itu yang dimulakan Jun tahun lalu, kakitangan GLC diberikan pilihan untuk bekerja di GLC lain selama setahun untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru.

“Apabila tamat latihan mereka akan kembali ke GLC masing-masing dengan pengalaman dan kemahiran baru yang boleh digunakan dalam usaha meningkatkan prestasi syarikat masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan skim pertukaran kakitangan antara GLC dijangka diperluaskan membabitkan pertukaran antara kakitangan GLC dengan sektor awam. “Kita sedang dalam proses merangka struktur program itu,” katanya. Difahamkan skim pertukaran kakitangan antara sektor awam dan GLC itu dijangka dapat dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers