July 7, 2009

Perbankan swasta terus kukuh

KUALA LUMPUR 6 Julai - Krisis kredit nampaknya tidak berjaya melemahkan harapan terhadap pengukuhan dalam seluruh perbankan swasta dan industri pengurusan kekayaan di peringkat antarabangsa, demikian menurut hasil satu kaji selidik yang dijalankan oleh KPMG International.

Bagaimanapun, selera bagi pengambilalihan ini menenggelami beberapa masalah asas yang serius dan harus ditangani sebelum terlalu banyak bank kembali melaksanakan pengambilalihan, kata KPMG dalam kaji selidik bertajuk Hungry for More.

Barangkali yang lebih ketara, sektor ini menghadapi tekanan yang amat berat ke atas marginnya, disebabkan oleh nilai dan hasil aset yang semakin merosot, serta asas kos yang tinggi, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kaji selidik itu menunjukkan banyak bank akan menghadapi kesukaran mencapai peningkatan ketara margin keuntungan mereka dalam jangka pendek.

Ini, ditambah pula dengan sikap 'tunggu dan lihat' yang diambil oleh beberapa pihak yang ingin melaksanakan pengmbilalihan, dan bakal penjual pula enggan menerima nilai rendah semasa, mungkin melengahkan sebarang lonjakan kegiatan penggabungan dan pengambilalihan, kata KPMG.

Tidak hairanlah kaji selidik itu menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat ini, pertumbuhan organik terus menjadi keutamaan.

Mengulas tentang hasil kaji selidik itu, Stuart Robertson dari KPMG Advisory, rakan kongsi
dalam firma KPMG di Switzerland, berkata: "Hasil kajian itu memperkukuhkan lagi apa yang saya lihat dalam pasaran, iaitu sektor perbankan swasta tidak terjejas teruk oleh krisis kredit yang melanda, seperti yang ditakuti."

"Memanglah keyakinan tentang prospek pertumbuhan telah merosot, tetapi ia tidak akan berakhir begitu.

"Beberapa faktor mungkin menyemarakkan semula keinginan bagi penggabungan dan pengambilalihan dalam perbankan swasta, termasuk pelanggan yang memperlihatkan selera risiko yang lebih tinggi, syarikat kembali mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi, dan kedudukan jelas tentang masa depan perbankan di dalam dan luar negara memandangkan persetujuan beberapa negara menerima pakai piawaian pelaporan cukai OECD (Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi)," kata Robertson sambil menambah bahawa keinginan untuk memacu pengukuhan di seluruh industri tetap ada.

Kadar respons lebih tinggi dalam kalangan bank kecil, memperlihatkan bahawa bank-bank ini lebih selesa untuk memberikan tumpuan kepada pertumbuhan organik tanpa perlu menggunakan strategi pengambilalihan, kata Robertson.

Malah, pertumbuhan organik juga masih belum terjamin, katanya sambil menambah bahawa sumber-sumber amat kurang dan margin mengalami tekanan hebat.

"Tidak dapat dinafikan, banyak isu yang belum selesai dan menghalang kemajuan dalam penggabungan dan pengambilalihan. Bagaimanapun, jika isu-isu yang membelenggu ini boleh diatasi, mungkin masanya sudah tiba akhirnya bagi pengukuhan dalam perbankan swasta," tegas beliau. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers