MALAYSIA Airlines Cargo Sdn Bhd (MASkargo) menjangkakan pemulihan dalam jumlah kargonya pada separuh kedua 2010, selari dengan pemulihan keadaan ekonomi global. Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Jualan (kargo)nya, Mohd Yunus Idris, berkata syarikat merekodkan penguncupan 28 peratus jumlah kargo dalam separuh pertama 2009 berbanding tempoh sama tahun lalu. Beliau berkata, permintaan dari pasaran utama, China, susut lebih 30 peratus.
“Kami positif mengenai masa depan. Kami melihat peningkatan mula stabil. Ia bukan lonjakan, namun kami sudah melihat perkembangan itu,” katanya kepada media di Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak, semalam. Mohd Yunus berkata, MASkargo, bahagian kargo udara Penerbangan Malaysian (MAS), kini merancang melaksanakan pemasaran secara agresif perkhidmatan sewa khasnya. Katanya, syarikat itu kini menerima sekurang-kurangnya 12 pertanyaan sehari dari seluruh dunia.
“Pertanyaan datang sejauh Rio De Janeiro dan Buenos Aires, namun kami tidak terbang ke sana. Khidmat yang kami sedang usahakan kini datang dari Australia, dan kami turut menerima pertanyaan dari negara Komanwel Negara Merdeka (CIS).
“Kami turut menerima pertanyaan dari Bintulu. Itu sebab kami memberi tumpuan ke atas Bintulu,” katanya. Dalam perkembangan lain, Mohd Yunus berkata, MASkargo memperoleh penerbangan bebas kelima ke Indonesia.
“Apa yang sebenarnya berlaku ialah kami dibenarkan mengangkut kargo dari Australia dan memunggahnya di Jakarta, dan pada masa sama, kami mengangkut kargo dari Jakarta. Ia turut membabit penumpang,” katanya.
MASkargo semalam berjaya mengangkut dua daripada enam ‘injap bola bermotor’ masing-masing seberat 22 tan, dari Frankfurt, Jerman, ke Bintulu. Dua injap itu diterbangkan terus dari Frankfurt ke Bintulu menggunakan pesawat kargo B747-400.
Empat lagi akan diterbangkan menggunakan pesawat B747-400F MASkargo, masing-masing pada 4 dan 11 Ogos ini. Injap itu dibangunkan oleh Franz Schuck GmbH Ltd dan digunakan sebahagian besarnya di pelantar luar pesisir dan stesen talian paip sebagai peranti penutup gas, minyak, air dan produk lain. - Bernama
Injap itu diangkut menggunakan trak oleh Air Marine Cargo Agency Sdn Bhd ke loji pemprosesan gas dan minyak Petronas, di Bintulu. MASkargo menggunakan empat pesawat B747-200F, dua B747-400F dan sebuah pesawat A300-600F, ke hab kargo utama dunia. Ia turut menawarkan kapasiti ruang kargo yang besar dalam barisan pesawat penumpang MAS, memberi perkhidmatan ke hampir 100 destinasi di seluruh dunia. - Bernama
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com