LEMBAGA Minyak Sawit Malaysia (MPOB) meluluskan permohonan berjumlah RM41.974 juta bagi program penanaman semula sawit membabitkan kawasan seluas 6,995 hektar. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Mohd Basri Wahid, berkata setakat 2 Julai lalu, lebih RM1 juta telah dibayar bagi program itu, membabitkan 186 hektar ladang sawit.
Beliau berkata, pekebun kecil yang mendapat kelulusan MPOB bagi penanaman semula, perlu melaksanakan kerja penebangan pokok sawit yang berusia lebih 25 tahun secepat mungkin.
“Ini bakal memberikan manfaat kepada pekebun kecil sawit,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata, perangkaan MPOB menunjukkan ada 46,061 hektar kawasan sawit milik pekebun kecil di Malaysia yang boleh ditanam semula. “Jumlah berkenaan membabitkan 24,763 pekebun kecil di seluruh negara,” katanya.
Basri berkata, pekebun kecil perlu merebut peluang yang diberi kerajaan bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka. Katanya, kerajaan memperuntukkan RM50.134 juta yang perlu diagihkan tahun ini bagi merangsang ekonomi sawit negara.
Di bawah pakej rangsangan ekonomi kedua, kerajaan menyediakan bantuan sebanyak RM6,000 sehektar bagi penanaman semula sawit. Ia adalah tambahan kepada Skim Insentif Tanam Semula Sawit (SITS) 2008 yang berjumlah RM1,000 sehektar yang dilaksanakan mulai 1 Disember tahun lalu oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Mohd Basri berkata, kerajaan memperuntukkan RM100 juta dalam skim bantuan pakej rangsangan ekonomi kedua bagi membantu pekebun sawit sehingga Disember 2010. “Antara objektif skim itu adalah bagi mempercepatkan usaha penanaman semula sawit di bawah SITS 2008,” katanya.
Ini akan membantu meringankan kos penanaman semula khususnya pekebun kecil yang meliputi aktiviti penebangan, pembelian anak benih sawit, penyediaan tapak, baja dan racun. “Ia juga akan mengurangkan pengeluaran sawit yang dijangka menyumbang kepada penurunan paras stok minyak sawit negara, seterusnya mengimbangi harga minyak sawit,” katanya.
July 8, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com