PROTON Holdings Bhd menyasarkan untuk menjual antara 50 hingga 60 unit kenderaan Lotus di pasaran tempatan tahun ini bersandarkan reputasi dan tahap kesedaran yang semakin meningkat terhadap jenama kereta sports terkemuka dari Britain itu.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, berkata sejak pengambilalihan syarikat induk Lotus oleh Proton pada 1996, pihaknya bukan saja mendapat manfaat daripada teknologi Lotus untuk digunakan pada kereta Proton, malah kereta Lotus juga dapat dijual pada harga lebih murah di negara ini berbanding sebelum ini.
Beliau berkata, Proton merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model Lotus di negara ini termasuk melancarkan model terbarunya, Evora pada suku ketiga tahun ini.
“Setakat ini ada kira-kira 180 pemilik kereta Lotus di negara ini dan dengan tahap kesedaran serta popularitinya yang semakin meningkat, saya yakin jualannya akan lebih meningkat di masa depan,” katanya pada sidang media sempena Pameran Kereta Lotus 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh. Proton membeli 63.75 peratus kepentingan dalam Lotus Group International Limited pada 1996 membabitkan pertimbangan tunai £40.64 juta (AS$81 juta).
Pameran lima hari yang diadakan di The Garden Kuala Lumpur bermula semalam adalah kali pertama Lotus mempamerkan keretanya kepada orang ramai di negara ini. Ia bertujuan memberi gambaran lebih dekat kepada orang ramai mengenai kenderaan Lotus yang dijual di negara ini, selain mempamerkan teknologi kejuruteraannya yang kini digunakan oleh kereta Proton.
Model Lotus yang dipamerkan adalah Elise S, Exige S dan Europa S, di samping model lumba Lotus 2-Eleven. Sementara itu, Mohd Nazmi berkata, pameran kereta Lotus itu adalah peluang untuk pemilik Proton untuk melihat sendiri keadaan sebenar kereta Lotus serta mempelajari sejarahnya.
“Dengan mengadakan pameran seperti ini, kami harap orang ramai akan lebih memahami dan menghargai kejuruteraan Lotus dan kereta Proton secara umum,” katanya.
July 2, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com