July 9, 2009

Dua firma antarabangsa minat lesen perbankan Islam mega

DUA institusi kewangan antarabangsa menyatakan minat untuk menubuhkan konsortium dengan institusi tempatan bagi mendapatkan lesen perbankan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM3.52 bilion) di negara ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata dua institusi kewangan itu adalah antara beberapa pihak yang mengemukakan pertanyaan dan dalam proses memohon lesen itu. “Kami sudah menerima pertanyaan dan mengadakan rundingan dengan beberapa pihak khusus berhubung proses permohonan.

“Mereka adalah institusi dari pelbagai benua khususnya Asia Barat dan negara barat. Pada peringkat ini, terlalu awal membuat kenyataan berhubung perkara itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri forum Kewangan Islam Malaysia-United Kingdom di Kuala Lumpur semalam.

Zeti berkata, pihaknya menjangka memperoleh lebih banyak pertanyaan kerana tempoh permohonan lesen bank Islam dan konvensional itu hanya akan berakhir Oktober ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara pada 27 April lalu turut menawarkan dua lesen bank Islam mega dengan modal berbayar melebihi AS$1 bilion.

Jika bank Islam mega itu diwujudkan, Malaysia akan muncul sebagai negara yang mempunyai institusi kewangan Islam terbesar di dunia. Sementara itu, Zeti menafikan kemungkinan berlaku kesan jangkitan yang berpotensi menjejaskan sektor kewangan Islam global susulan masalah kewangan yang dihadapi Saad Group, konglomerat terkemuka Arab Saudi.

Awal bulan lalu, Saad Group dilaporkan berdepan masalah kewangan kronik sehingga menyebabkan Bank Pusat Arab Saudi membekukan akaun Pengerusinya, Maan al-Sanea dan mengarahkan konglomerat itu disusun semula.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers