KERAJAAN menerima maklum balas positif daripada pelabur asing khususnya Asia Barat, untuk melabur dalam sektor hartanah tempatan susulan kelonggaran garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), baru-baru ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata kerajaan menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu (kelonggaran FIC), terutama pelaburan hartanah.
“Meskipun ia belum dapat diterjemahkan dalam bentuk angka (jumlah pelaburan) setakat ini, cukup saya katakan reaksinya amat positif dan memberangsangkan walaupun baru seminggu diumumkan.
“Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor hartanah tempatan, berikutan kelonggaran garis panduan FIC baru-baru ini, dijangka dapat dilihat tidak lama lagi,” katanya mengulas perkembangan terkini kelonggaran FIC dalam sektor hartanah.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pameran Hartanah dan Pelaburan Malaysia 2009 (MAREIX), anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di Pusat Dagangan Dunia Putra, kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik. Akhir bulan lalu, kerajaan mengumumkan beberapa pendekatan baru bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan dan pada masa sama menggalakkan pemilikan berkesan serta berkekalan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat.
Ia antara lain membabitkan kelonggaran terhadap garis panduan FIC berkaitan pembelian kepentingan, penggabungan dan pengambilalihan; kegiatan meraih dana oleh syarikat senaraian awam serta pembelian hartanah.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, walaupun keadaan ekonomi global belum pulih sepenuhnya, industri hartanah di Malaysia tetap mendapat permintaan tinggi daripada pembeli dalam dan luar negara.
Katanya, sebelum pengumuman terhadap kelonggaran FIC dibuat, sektor hartanah negara berjaya menarik minat pembeli serta pelabur terutama dari China, Indonesia, Singapura, Korea dan Asia Barat.
“Mungkin antara sebabnya ialah pelaburan hartanah di Malaysia mampu memberi pulangan agak lumayan selepas dua hingga tiga tahun pelaburan dibuat. Seperti yang kita tahu ekonomi kita walaupun berdepan suasana luar yang tidak menentu, ia dijangka kembali pulih akhir tahun, atau pada suku kedua 2010,” jelasnya.
Beliau menambah, purata harga hartanah yang lebih murah juga menjadikan Malaysia sebagai antara negara berjaya menarik pelabur asing membuat pelaburan.
July 13, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com