July 13, 2009

Tuntutan palsu insurans pihak ketiga punca rugi

SYARIKAT insurans am di negara ini mengalami kerugian besar bagi perniagaan perlindungan kenderaan disebabkan tuntutan palsu serta bayaran pampasan yang tinggi membabitkan pihak ketiga.

ISM Insurance Services Malaysia Bhd, menganggarkan jumlah tuntutan palsu yang dibuat kepada pengendali insurans am di negara ini mencecah RM400 juta, tahun lalu. Malah, firma pengumpul data syarikat insurans dan takaful itu menjangkakan jumlahnya akan terus meningkat tahun ini, susulan kelembapan ekonomi yang akan menggalakkan aktiviti penipuan tuntutan.

Jurucakap sebuah syarikat insurans am terkemuka yang enggan disiarkan namanya berkata, kerugian besar itu menjadi punca utama mengapa sesetengah syarikat insurans am enggan menjual polisi perlindungan pihak ketiga dan bagi kenderaan bernilai kurang daripada RM10,000.

Beliau menegaskan, bagi setiap 10 tuntutan yang dibuat, tujuh daripadanya adalah meragukan, tetapi syarikat insurans tetap membayar pampasan bagi tuntutan itu kerana amat sukar dibuktikan ia adalah palsu kerana dilaksanakan secara licik.

“Kes tuntutan meragukan ini menjadi kebimbangan utama syarikat insurans am di negara ini dan ia menyebabkan kami menanggung kerugian besar.

“Dalam kes tuntutan meragukan, paling tinggi membabitkan perlindungan pihak ketiga,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini. Beliau menjelaskan, bagi tuntutan kemalangan menerusi mahkamah, syarikat insurans juga terpaksa menanggung kadar faedah sehingga lapan peratus setahun, jika kes itu berlarutan.

Selain itu, katanya, syarikat insurans juga terpaksa berdepan tuntutan tinggi kos baik pulih kenderaan yang sengaja dinaikkan oleh bengkel kenderaan yang tidak bertanggungjawab.

“Semua syarikat insurans memiliki pasukan penilai dan penyiasat tuntutan, tetapi kegiatan tuntutan palsu bengkel kenderaan yang dilaksanakan secara terancang adalah amat sukar dibuktikan,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, syarikat insurans dan takaful mengenakan syarat lebih ketat bagi mengehadkan perlindungan bagi mengurangkan kerugian. Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dalam kenyataannya kepada Berita Harian turut mengesahkan bahawa masalah jumlah tuntutan tinggi berbanding bayaran premium khususnya bagi kenderaan lama, adalah punca utama sebahagian syarikat insurans enggan menerima perlindungan bagi segmen itu.

Jelasnya, prestasi perniagaan syarikat insurans lazimnya diukur menerusi nisbah tuntutan, dengan nisbah bawah 100 peratus menunjukkan syarikat itu menjana keuntungan daripada perlindungan diberikan, manakala melebihi 100 peratus menunjukkan pampasan dibayar adalah lebih tinggi berbanding premium diterima, justeru, merugikan syarikat.

“Sejak lima tahun lalu, nisbah tuntutan syarikat insurans adalah lebih 100 peratus iaitu 213.3 peratus pada 2004, 193.9 peratus (2005), 229.1 peratus (2006), 277.1 peratus (2007) dan 288.7 peratus pada 2008,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers