KIRA-KIRA 8,000 pengunjung dijangka mengunjungi Pameran dan Persidangan Automasi Industri Asean (IA 2009) dan Pameran Jana Kuasa, Transmisi dan Kejuruteraan Elektrik yang diadakan sempena Asean Elenex (AE 2009) mulai Rabu hingga Sabtu ini.
Pengurus Besar Malaysian Exhibition Services Sdn Bhd, Alun Jones, berkata unjuran kehadiran pengunjung ke pameran empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, itu bagaimanapun susut sedikit berban-ding 9,000 yang hadir ke pameran sama pada 2007.
Katanya, IA 2009 dan AE 2009 dijangka menarik penyertaan 500 syarikat dari 30 negara termasuk tiga pasukan yang dibiayai kerajaan iaitu dari Singapura, Taiwan dan Jerman.
“Kedua-dua acara ini menyediakan landasan terbaik kepada peserta industri untuk mengemas kini kemahiran dan pengetahuan mereka dalam teknologi berkaitan industri kerana ia mempamerkan inovasi terkini, perkakasan kejuruteraan termaju, selain teknologi moden sektor automasi,” katanya pada temu bual dengan Berita Harian, baru-baru ini.
Hadir sama pada temu bual itu, Presiden Persatuan Elektrikal dan Elektronik Malaysia (Teeam), Fu Wing Hoong; Naib Presiden Teeam, Chew Shee Fue dan bekas Presiden Teeam, Suresh Kumar J Gorasia.
Teeam akan menganjurkan persidangan bertajuk ‘Peluang teknologi hijau dalam tekanan kredit’, selain menjadi hos mesyuarat lembaga beberapa persatuan seperti Persatuan Kontraktor Elektrik Persekutuan Asia Pasifik (Fapeca) dan Persekutuan Kontraktor Kejuruteraan Elektrik Asean (Afeec) pada IA 2009.
Jones menjangka kedua-dua pameran berkenaan mencatatkan urus niaga bernilai sekitar AS$150 juta (RM530 juta).
July 13, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com