PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) komited untuk terus meningkatkan kualiti kenderaan dengan mengurangkan kadar kecacatan kenderaan setiap unit keluarannya (DPU) kepada 0.2 peratus, menjelang akhir tahun ini dalam usahanya bersaing secara kompetitif pada peringkat domestik dan global.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar, berkata keutamaan peningkatan kualiti itu turut penting dalam usaha Perodua meningkatkan kedudukannya dalam kumpulan Toyota yang kini mempunyai tahap kawalan kualiti pada paras DPU kira-kira 0.1 peratus DPU. Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, pihaknya berjaya mengurangkan kadar kecacatan kenderaan keluarannya daripada 0.4 peratus kepada hampir 0.2 peratus.
“Peningkatan kualiti ini adalah paling penting dalam senarai penunjuk prestasi utama kami. Kami mahu setiap kenderaan yang dikeluarkan Perodua sentiasa berkualiti supaya kami dapat memenuhi piawaian global dan bersaing secara kompetitif, bukan saja di pasaran tempatan, malah pada peringkat antarabangsa,” katanya dalam temu bual dengan Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagi merealisasikan sasaran itu, Syed Hafiz berkata, Perodua, sebagai syarikat usaha sama antara Malaysia dan Jepun, sedang menggerakkan beberapa inisiatif penambahbaikan yang di guna pakai sejak beberapa tahun lalu, secara agresif, khususnya bagi pengamalan sistem pengawalan kualiti secara ketat serta tanpa kompromi.
“Secara ringkas, sistem pengawalan kualiti ini bermaksud ‘jangan terima’; ‘jangan buat’; dan ‘jangan keluarkan’ barangan yang tidak memenuhi piawaian kualiti yang di tetapkan dalam setiap proses pengilangan.
“Pegawai kawalan kualiti di setiap proses pengeluaran kenderaan Perodua bertanggungjawab menghentikan aktiviti pengeluaran kenderaan jika ada sebarang masalah kecacatan atau kelemahan berlaku ketika proses pengeluaran.
“Semua ini dilakukan dengan tujuan memastikan tiada masalah kualiti yang terlepas ke proses seterusnya. Sehingga kini, sistem ini berkali-kali dinaik taraf,” jelasnya. Syed Hafiz berkata, Perodua turut memperkenalkan indeks ‘through defect per unit’, iaitu penelitian kecacatan bagi setiap unit kenderaan secara menyeluruh.
Katanya, menerusi indeks itu, ia akan memantau dan menilai keupayaan proses pengeluaran kenderaan dan membasmi masalah kualiti dari akar umbi.
“Aktiviti yang dijalankan ini bukan saja bertumpu kepada proses pengeluaran di Perodua tetapi juga diperluaskan ke proses pengeluaran di semua vendor serta pembekal kami menerusi aktiviti Kaizen (penambahbaikan) dan aktiviti ‘Slim’ ‘Simple’ dan ‘Compact’ (mudah, ringkas dan kompak),” katanya.
Syed Hafiz menegaskan, meskipun kenderaan Perodua dijual pada harga yang berpatutan, syarikat itu tetap tidak berkompromi dengan kualiti dan penghasilan kenderaannya adalah bersandarkan kepada teknologi tinggi dan penyelidikan yang menyeluruh.
July 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com