PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) dijangka melancarkan satu lagi saham amanah berharga tetap tidak lama lagi dengan anggaran saiz dana hampir RM3 bilion. Sumber berkata, saham amanah baru itu akan turut diuruskan Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh PNB yang kini menguruskan 10 dana saham amanah lain.
“Saham amanah baru itu adalah berharga tetap sama seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Didik (ASD).
“Prospektus dan portfolio pelaburan dana saham amanah baru itu sudah siap dan akan dilancarkan untuk langganan awam tidak lama lagi,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Katanya, dari segi saiz dana, saham amanah baru itu adalah hampir setara dengan ASW2020 yang diperkenalkan pada 1996 iaitu RM3 bilion.
Beliau yakin saham amanah baru itu akan mendapat sambutan berdasarkan prestasi pulangan kukuh dana saham amanah di bawah PNB sebelum ini.
“Semua sedia maklum prestasi saham amanah yang diuruskan PNB menerusi ASNB adalah kukuh. “ Selain itu, saham amanah baru itu pasti mendapat sambutan kerana ia berharga tetap, justeru, pelaburnya tidak terdedah risiko kepada turun-naik harga,” katanya.
PNB ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai antara instrumen utama pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam usaha menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera.
Sehingga kini, dana yang diuruskan kumpulan itu berjumlah RM49 bilion dan ia kini adalah institusi pelaburan utama negara dengan pelbagai portfolio kepentingan yang meliputi saham amanah, amanah harta institusi, pengurusan harta dan pengurusan aset.
July 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com