July 9, 2009

Pasaran tiada petunjuk baru

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan kemerosotan harga semalaman di Wall Street sambil mengurangkan kerugian yang dialami pada peringkat awal dagangan berikutan aktiviti pembelian lewat pada kaunter berkaitan indeks.

Pada penutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) turun 0.89 mata kepada 1,065.47 selepas dibuka turun 6.03 mata kepada 1,060.33. Ia mencecah paras terendah harian 1,058.12.

Ketiadaan petunjuk baru di pasaran tempatan dan serantau adalah faktor menyebabkan pasaran menurun, kata penganalisis itu. “Kelembapan sentimen pelabur di Wall Street adalah berikutan harga minyak mentah yang rendah, yang menarik turun harga saham,” kata MIMB Investment di dalam nota penyelidikannya.

Pelabur bimbang bahawa pemulihan ekonomi global boleh memakan masa yang lebih lama dari yang dijangkakan dan ini tidak dapat mengelakkan kemerosotan permintaan bagi mendapatkan minyak mentah.

“Pelabur menjadi lebih berhati-hati apabila Penasihat Ekonomi Presiden AS Barrack Obama, Laura Tyson, berkata satu lagi rangsangan pusingan kedua kemungkinan diperlukan untuk merangsang ekonomi negara itu,” kata MIMB Investment.

Indeks Perladangan turun 47.20 mata kepada 5,281.82, Indeks Perusahaan turun 2.31 mata kepada 2,369.59, Indeks Kewangan meningkat 13.28 mata kepada 8,531.27 dan Indeks FBMEmas merosot 9.36 mata kepada 7,162.89.

FBM Top 100 turun 7.86 mata kepada 6,980.53, FBM70 turun 15.85 mata kepada 7,045.32, Indeks FBMMesdaq turun 9.93 mata kepada 3,878.05 dan Indeks FBM2BRD turun 1.25 mata kepada 4,671.84.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 335 kepada 188 manakala 228 kaunter tidak berubah, 481 kaunter tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 672.184 juta saham bernilai RM1.169 bilion daripada 586.232 juta saham bernilai RM752.770 juta kelmarin. Antara saham yang melawan arus ialah Bintulu Port yang meningkat 30 sen kepada RM6.35, Dutch Lady dan DiGi.Com menokok 30 sen setiap satu masing-masing kepada RM11.00 dan RM22.20, dan British American Tobacco melonjak 25 sen kepada RM45.

Antara kaunter utama yang mengalami kerugian, Fareast turun 50 sen kepada RM5.70, IJM rugi 25 sen kepada RM5.50, Mitra-WB merosot 16 sen kepada 9.0 sen dan Warisan turun 12 sen kepada RM2.18.

Antara kaunter aktif, KNM Group turun 2.5 sen kepada 73.5 sen, Axiata menokok 10 sen kepada RM2.52, Talam Corp-RCPS merosot 0.5 sen kepada 8.0 sen manakala Talam Corp dan Compugates tidak berubah masing-masing pada harga 8.5 sen dan 7.0 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 5.0 sen kepada RM7.20, Maybank meningkat 10 sen kepada RM5.75, Tenaga Nasional dan Bumiputra-Commerce turun 10 sen setiap satu masing-masing kepada RM7.60 dan RM9.15 dan IOI Corp turun 6.0 sen kepada RM4.60.

Jumlah dagangan di Papan Utama melonjak kepada 597.798 juta saham bernilai RM1.148 bilion daripada 515.227 juta saham bernilai RM731.892 juta sebelumnya. Perolehan di Papan Kedua meningkat kepada 31.822 juta unit bernilai RM13.060 juta daripada 29.378 juta unit bernilai RM10.343 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Mesdaq meningkat kepada 23.340 juta saham bernilai RM3.764 juta daripada 21.918 juta unit bernilai RM4.027 juta kelmarin. Waran meningkat kepada 17.420 juta unit bernilai RM3.065 juta daripada 9.076 juta unit bernilai RM1.914 juta sebelum ini.

Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 18.053 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 119.464 juta, pembinaan 42.126 juta, dagang/perkhidmatan 226.514 juta, teknologi 2.881 juta, prasarana 12.775 juta, kewangan 34.530 juta, hotel 633,500, hartanah 104.465 juta, perladangan 32.231 juta, perlombongan 73,400, REIT 4.011 juta dan tertutup/dana 37,400. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers