KUALA LUMPUR 14 Julai - Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) hari ini mengumumkan pelantikan lapan muka baru sebagai Ahli Lembaga Pengarah perbadanan tersebut.
Mereka yang mewakili sektor awam dan korporat itu dilantik ke jawatan tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali dalam kenyataan di sini hari ini berkata, pelantikan untuk tempoh dua tahun itu berkuat kuasa mulai 1 Mei lalu dan akan berakhir 30 April 2011.
Katanya, mereka yang dilantik ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datin Madinah Muhamad, Setiausaha Bahagian Ekonomi Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah, Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengarah Eksekutif K R Advisory Sdn. Bhd., Datuk R. Karunakaran.
Empat lagi ialah Pengarah Eksekutif Global Innovation Research Centre Sdn. Bhd, Datuk Dr. Kamaljit Singh, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, Pengerusi dan Pengasas Bersama Maybank Investment Bank Berhad, Mohammed Rashdan Yusof dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Wan Ahmad Shihab Ismail.
Sementara itu, ahli Lembaga Pengarah lain ialah beliau sendiri, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Mohd. Badlisham Ghazali, Pengerusi Telekom Malaysia Berhad, Tan Sri Ir. Muhammad Radzi Mansor, Presiden Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Lim Kok Wing dan Ketua Pegawai Eksekutif HT Consulting (Asia) Sdn. Bhd., Harres Tan Leong Huat.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com