July 15, 2009

Pantulan teknikal Bursa ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 14 Julai - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini berikutan pantulan teknikal dengan saham kewangan antara kaunter untung utama, apabila kenaikan semalaman di Wall Street membantu merangsang sentimen pasaran tempatan, kata para peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 15.97 mata atau 1.50 peratus untuk ditutup kepada 1,079.63, tinggi sedikit daripada paras rendah 1,063.66.Indeks utama itu dibuka tidak berubah pada 1,063.66.

Indeks Kewangan menambah 179.42 mata kepada 8,698.48, Indeks Perusahaan naik 6.88 mata kepada 2,374.37 dan Indeks Perladangan melonjak 76.24 mata kepada 5,317.57.

Indeks FBMEmas meningkat 116.61 mata kepada 7,280.00, FBM Top 100 naik 105.56 mata kepada 7,083.76, Indeks FBM2BRD menokok 46.76 mata kepada 4,744.95 manakala Indeks FBMMesdaq menambah 140.05 mata kepada 3,980.57.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 500 berbanding 128 manakala 156 kaunter tidak berubah, 448 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Keseluruhan jumlah dagangan meningkat kepada 788.982 juta saham bernilai RM1.106 bilion saham daripada 550.844 juta saham bernilai RM841.033 juta pada Isnin.

Bagi saham cergas, Frontken Corporation naik satu sen kepada 26.5 sen, EP Manufacturing meningkat 1.5 sen kepada 28.5 sen, Genting Malaysia-GH tidak berubah pada lima sen, Glomac meningkat 6.5 sen kepada 86.5 sen manakala Sunway Holdings menokok dua sen kepada RM1.15.

Jumlah dagangan Papan Utama meningkat kepada 650.771 juta saham bernilai RM1.067 bilion berbanding 456.549 juta saham bernilai RM809.654 juta pada Isnin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua juga menambah kepada 41.344 juta saham bernilai RM19.302 juta daripada 31.715 juta saham bernilai RM16.983 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan pasaran Mesdaq naik kepada 63.571 juta saham bernilai RM13.808 juta daripada 44.612 juta saham bernilai RM9.676 juta. Waran meningkat kepada 30.667 juta unit bernilai RM3.921 juta daripada 11.501 juta unit bernilai RM1.931 juta semalam.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 24.564 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 127.621 juta, pembinaan 43.156 juta, perdagangan/perkhidmatan 215.862 juta, teknologi 9.340 juta, prasarana 18.223 juta, kewangan 43.825 juta, hotel 799,000, harta 145.301 juta, perladangan 19.446 juta, perlombongan 1,000, REITs 2.618 juta dan dana tertutup 16,000.
- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers