KUALA LUMPUR 14 Julai - Malaysia akan mengkaji semula peraturan dan perundangan dalam negara bagi menjadikannya lebih mesra pelabur bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) serta merangsang keyakinan pelabur.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berkata, dasar imigresen juga akan dikaji bagi memudahkan profesional asing dan pegawai dagang masuk dan tinggal sementara dalam negara.
"FDI kekal penting untuk pembangunan perindustrian Malaysia memandangkan sumbangan, pemindahan teknologi, aliran masuk modal, akses ke pasaran antarabangsa serta limpahan yang dijana olehnya," kata beliau dalam "Laporan Malaysia 2009".
Laporan itu dikeluarkan oleh Oxford Business Group, firma penerbitan dan perundingan global.
Mustapa menjelaskan, beberapa langkah telah diambil untuk meningkatkan keyakinan di kalangan pelabur asing dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.
Menteri itu berkata, usaha berterusan akan diambil bagi menambah baik sistem penyampaian, memperkenalkan insentif cukai dan menyediakan infrastruktur, mengurangkan kos menjalankan perniagaan serta mewujudkan tenaga kerja mahir dan berpendidikan.
Mustapa berkata, kerajaan mengakui bahawa kelembapan ekonomi dunia sekarang ini akan menjejaskan aliran masuk FDI ke dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
"Kerajaan bersedia untuk berdepan dengan cabaran bagi memastikan Malaysia terus kekal kompetitif dan menarik kepada pelabur," katanya.
Beliau juga berkata: ''Kerajaan telah mengiktirafkan bahawa sektor perkhidmatan berpotensi untuk menarik pelaburan yang mengkhusus kepada bidang kepakaran dan teknologi serta mewujudkan pekerjaan nilai tinggi".
Di samping meliberalisasi sub sektor perkhidmatan, kerajaan juga menawarkan insentif tambahan untuk menarik para pelabur yang terlibat dalam industri tambah nilai tinggi, berintensifkan pengetahuan dan berteknologi tinggi.
Mustapa berkata, insentif itu termasuk aktiviti-aktiviti promosi yang disasarkan dan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pelaburan untuk mempertimbangkan projek khusus.
Beliau mengakui walaupun kelembapan ekonomi global akan menjejaskan aliran pelaburan asing langsung (FDI) dalam sektor pengilangan dan perkhidmatan, tetapi kerajaan telah bersedia bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing dan menarik untuk pelabur.
"FDI kekal penting untuk pembangunan industri Malaysia mengambil kira sumbangan, pemindahan teknologi, aliran masuk modal, akses kepada pasaran antarabangsa dan penjanaan
kesan sampingan.'' kata beliau.
July 15, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com