SP Setia Bhd memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat China, Hangzhou Ju Shen Construction Engineering Ltd untuk menubuhkan syarikat usaha sama bagi projek pembangunan bercampur di kawasan seluas 10 hektar di koridor pertumbuhan XiaoShan, Hangzhou wilayah Zhejiang, China.
Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin, berkata perjanjian kerjasama itu menandakan bermulanya penerokaan kumpulan hartanah itu ke China. Beliau berkata, ia adalah penerokaan ketiga SP Setia di luar negara selepas Vietnam, yang mana kumpulan itu sedang memajukan EcoLakes di Taman Industri MyPhuoc, 42 kilometer di utara Ho Chi Minh City dan projek EcoXanh di Taman Teknologi Tinggi di District 9 Ho Chi inh City.
“Penerokaan ini adalah sejajar pelan pengembangan kumpulan untuk menjadi peserta hartanah antarabangsa,” katanya dalam kenyataan mengumumkan pemeteraian perjanjian itu di Beijing, semalam.
Majlis itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke China. Liew memeterai perjanjian itu bagi pihak SP Setia manakala Hangzhou Ju Shen Construction Engineering oleh wakil rasminya, Hu Baifu.
Dalam kenyataan itu, Liew berkata masih terlalu awal untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai kerjasama itu, pelaburan yang dicadangkan dan pegangan saham pihak yang terbabit dalam pembangunan itu berkaitan kos, serta tempoh projek bermula dan disiapkan.
Hangzhou, yang terletak 180 kilometer di barat daya Shanghai adalah ibu negeri wilayah Zhejiang selain menjadi bandar raya kebudayaan bersejarah dan tumpuan pelancongan utama dengan kepadatan penduduk 6.78 juta. Sementara itu, Xiaoshan yang mempunyai penduduk 1.16 juta orang ialah daerah terbesar di Hangzhou dan terletak di gerbang selatan wilayah berkenaan.
June 5, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com