PERBADANAN Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) menjalinkan pakatan strategik dengan Agensi Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Oman (DGDSME), untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan Oman, menembusi pasaran kedua-dua negara.
Menerusi pakatan itu, kedua-dua agensi rasmi yang bertanggungjawab ke atas PKS negara masing-masing itu, turut bersetuju bekerjasama dalam perkara dasar, kepakaran dan maklumat berkaitan pembangunan PKS.
Pengerusi Smidec, Datuk Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid, berkata MoU antara Smidec dan DGDSME turut menyaksikan penubuhan jaringan perniagaan, rantaian perindustrian dan bentuk kerjasama teknikal lain bagi mempermudah aktiviti perniagaan dan menyokong pertumbuhan PKS, negara masing-masing.
Katanya, Smidec dan DGDSME akan turut bersama-sama melaksanakan pelbagai program transformasi, inovasi dan pemindahan teknologi antara satu sama lain. “Menerusi MoU itu, Smidec antara lain akan membangun, mendidik, melatih dan menjadi mentor kepada PKS Oman untuk berinovasi daripada peringkat konsep ke peringkat komersial, khususnya dalam penghasilan produk dan perkhidmatan halal,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) antara Smidec dan DGDSME serta Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan London Chamber of Commerce (LCC), di Kuala Lumpur, semalam.
MoU antara DPMM dan LCC pula bertujuan membantu mempermudahkan ahli masing-masing mengadakan kerjasama meneroka pasaran Malaysia dan United Kingdom. Pemeteraian kedua-dua MoU itu adalah bersempena dengan Pameran Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidex) 2009, yang berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur, bermula Rabu lalu. Turut hadir pada majlis itu ialah Duta khas dan Wakil Penuh Kerajaan Oman, Aflah Suliman Mohamed Al-Taei, Ketua Pengarah bagi Pembangunan PKS Oman, Salah Hilal Al Maawali dan Ketua Eksekutif Smidex, Datuk Hafsah Hashim.
Sementara itu, Hafsah berkata, Smidex 2009 yang masuk hari kedua semalam berjaya menghasilkan prospek jualan bernilai RM80.44 juta, menerusi 88 sesi padanan perniagaan.
“Daripada nilai itu, RM16 juta adalah jualan rasmi yang dimeterai antara Proton Holdings Bhd dan Clear INsights Technology Sdn Bhd,” katanya
June 5, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com