Pakej rangsangan terbaru elak kesan terus krisis ekonomi
HONG KONG semalam mengumumkan dana tambahan bernilai AS$2.2 bilion dalam pakej rangsangan fiskalnya, termasuk pengecualian cukai sementara serta subsidi bagi penjawat awam, sebagai usaha menyelamatkan ekonominya daripada terjerumus dalam kemelesetan terburuk untuk tempoh lebih dari satu dekad. "Masih terdapat ketidaktentuan di seluruh dunia dan di Hong Kong," kata Setiausaha Kewangan negara itu, John Tsang pada sidang media sambil menambah beliau percaya keadaan ekonomi akan pulih. "Saya sangat optimis bahawa ekonomi akan bertambah baik pada separuh kedua berbanding separuh pertama," jelasnya.
Menurut Tsang, langkah tambahan dana berkenaan, akan meningkatkan unjuran kadar defisit kerajaan pada tahun fiskal semasa. Katanya, langkah tambahan amat diperlukan ketika ini bagi menghidupkan kembali ekonomi Hong Kong yang mana kerajaan mengunjurkan ia bakal susut antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus tahun ini.
Penyusutan itu bakal menjadikan prestasi ekonomi negara berkenaan paling buruk sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998.
Sebagai hab perdagangan dan kewangan, Hong Kong kini terjejas teruk akibat kemelesetan ekonomi global dan krisis kewangan. Pada suku pertama ekonomi negara itu menyusut 4.3 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, iaitu prestasi terburuk sejak 1990.
Semalam, terdapat beberapa laporan menarik mengenai Hong Kong yang mana data menunjukkan eksport negara itu pada April lalu susut hanya 18.2 peratus, iaitu pengecilan daripada penurunan 22 peratus yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini, penurunan terbesar sejak era 1950.
Bagaimanapun, penyelidik ekonomi kanan di Daiwa Institute of Research, Kevin Lai, berkata langkah terbaru dalam pakej rangsangan itu tidak semestinya dapat melakukan perubahan besar dalam merangsangkan kembali ekonomi, sambil mempertikaikan bahawa jumlah dana berkenaan amat sedikit dan pengumuman itu pula sudah terlambat.
"Langkah berkenaan tidak dapat membantu. Kerajaan harus berbuat demikian (mengumumkan tambahan dana itu) pada enam bulan lalu apabila krisis ekonomi melanda Hong Kong. Mereka (kerajaan) harus menggandakan jumlah penambahan dana berkenaan jika mahu melihat kesannya," katanya.
Pakej rangsangan itu turut termasuk pengecualian cukai sementara, penambahan pengecualian bagi pembayaran cukai untuk penjawat awam dan meluaskan kemudahan kredit bagi syarikat kecil dan sederhana.
Kerajaan Hong Kong turut mengumumkan langkah membantu mengurangkan beban bagi golongan penganggur, yang mana kadarnya telah meningkat ke tahap tertinggi dalam tempoh tiga tahun, iaitu 5.3 peratus. Ini susulan 30,000 pekerjaan telah diberhentikan sejak krisis kewangan yang semakin buruk pada September lalu. Reuters
June 3, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com