June 3, 2009

Banyak lagi sektor dibuka tarik pelaburan bermutu

Liberalisasi pasaran akan dilaksana secara berperingkat KERAJAAN akan membuka pasaran lebih banyak sektor bagi menarik pelaburan bermutu sejajar dengan model baru ekonomi negara yang sedang dirangka, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, sektor mana yang akan dibuka itu belum ditentukan, tetapi bagi sektor perbankan, pembukaan pasarannya akan dilaksanakan mengikut pelan induk sektor kewangan sedia ada.

"Kerajaan sedang membentuk model ekonomi baru dan hasil daripada itu kita akan membuka pasaran kerana kita adalah sebahagian sistem global, tetapi ia akan dilakukan sedikit demi sedikit," katanya selepas melancarkan program 'SC Executive Enhancement and Development (SEED)' di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Chor Chee Heung; Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi SC, Datuk Seri Zarinah Anwar. Ahmad Husni bagaimanapun enggan mengulas sama ada langkah meningkatkan pelaburan menerusi liberalisasi pasaran itu akan menyaksikan kerajaan menghapuskan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), merombak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan menetapkan peraturan baru bagi inisiatif pembiayaan swasta seperti dilaporkan media internet tempatan.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di bawah negatif satu peratus tahun ini sebelum kembali positif tahun depan susulan jangkaan pemulihan suku ketiga dan keempat.

"Kita percaya dalam suku ketiga ini, kita akan bermula dengan pemulihan kerana pada suku ketiga dan keempat inilah kesan daripada pakej rangsangan ekonomi akan dirasai. Pertumbuhan ekonomi tahun depan dijangkakan positif," katanya.

Ahmad Husni berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan semakan semula unjuran pertumbuhan tahun ini pada Khamis selepas Bank Negara Malaysia mengumumkan KDNK suku pertama 2009, esok.

Mengenai SEED, Zarinah berkata, SC akan melatih 500 graduan tempatan dalam tempoh dua tahun mengikut program itu bagi membuka peluang pekerjaan kepada mereka dalam pasaran modal dan sektor kewangan.

"SEED menawarkan peluang unik dalam melatih dan membangunkan siswazah dengan perspektif pembangunan keupayaan untuk tempoh jangka panjang. "Ini bagi memastikan pasaran modal dilengkapi secukupnya dengan pekerja mahir dan berpengetahuan," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers