PUTRAJAYA 13 Julai - Lebih banyak syarikat Malaysia perlu menimbangkan untuk mengambil bahagian di dalam industri pembinaan Maghribi yang kian berkembang, khususnya di dalam sektor perumahan, kata Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Othman Samin.
"Kita mempunyai pelaburan yang baik di dalam sektor ini yang diterajui oleh Kausar Corporation, sebuah anak syarikat Kumpulan Syarikat Al-Hidayah, yang sedang membina rumah di satu kawasan perbandaran baharu," katanya.
Syarikat Malaysia itu kini melaksanakan pembinaan perumahan di Tamesna, sebuah bandar raya yang diwujudkan antara Rabat, Temara, Skhirat dan Ain Aouda, kira-kira 12 kilometer ke selatan Rabat.
Kawasan perbandaran yang baru itu bertujuan mengurangkan kesesakan di Rabat dan akan mempunyai akses ke Lebuh Raya Casablanca dan untuk memudahkan perancangan pembinaan infrastruktur.
"Kami sedang mempromosikan kepakaran Malaysia dan disebabkan sektor perumahan sedang berkembang di Maghribi, diharapkan lebih banyak syarikat Malaysia akan menuruti kejayaan Kumpulan Al-Hidayah," katanya.
Othman yang mula bertugas sebagai duta besar di Rabat pada 2007 berkata, beliau berharap akan dapat meningkatkan penyertaan syarikat Malaysia di dalam pembangunan negara itu serta meluaskan skop pelaburan.
"Sebagai contoh, Kumpulan Al-Hidayah akan membina satu projek hostel dan sebuah institut kejururawatan selepas ini, yang bermakna mereka telah berjaya mengembangkan pelaburan mereka," katanya.
Othman berkata, Kumpulan Al-Hidayah kini juga sedang berbincang dengan negara itu untuk membawa masuk cabang penjagaan kesihatan Johor Corporation (JCorp), KPJ Healthcare Bhd. (KPJ), bagi menguruskan hospital di Maghribi.
Katanya, sebuah lagi syarikat Malaysia, KPS, kini mempunyai anak syarikat yang melakukan pengeluaran komponen elektronik di Mohammedia.
"Satu lagi bidang yang berpotensi ialah perdagangan," katanya sambil menyatakan 'perabot Malaysia sangat popular di sini, sekali gus peluang itu perlu dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia'.
Othman berkata, Kedutaan Malaysia di Rabat juga sedang membantu Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui KOMITA, sebuah konsortium pengeluar dan usahawan makanan berasaskan pertanian, untuk membawa masuk produk keluaran usahawan Bumiputera, seperti kicap, biskut dan kuih muih.
Mengenai dagangan dua hala antara Malaysia dan Maghribi, beliau berkata, dagangan antara kedua-dua negara masih kecil dengan imbangan dagangan memihak kepada Malaysia.
Berdasarkan perangkaan, jumlah dagangan antara Maghribi dan Malaysia pada 2008 mencecah RM234.18 juta (AS$65 juta), dengan jumlah eksport Malaysia mencecah RM182.16 (AS$50.6 juta).
Kebanyakan eksport Malaysia terdiri daripada produk elektrik dan elektronik dan mengimport produk makanan dan produk lain yang dikilang. - Bernama
July 14, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com