FRANKFURT 13 Julai - Walaupun berdepan dengan kemelesetan ekonomi, ahli perniagaan Malaysia tidak boleh mengetepikan pasaran Jerman, yang merupakan ekonomi terbesar di Eropah.
Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia ke Jerman, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata, pasaran Jerman dijangka dibuka tidak lama lagi apabila ekonomi global kembali pulih dan permintaan meningkat.
Katanya, ekonomi Jerman masih lagi menerima kesan kemelesetan ekonomi global dan sedang membuka pasarannya semula secara berhati-hati sehingga menyebabkan para pengimport tidak membuat tempahan besar-besaran.
"Eksekutif Jerman juga memberitahu saya bahawa mereka tidak akan berhenti mengimport produk Malaysia walau pun mereka mengurangkan jumlah tempahan produk masing-masing," katanya di Lapangan Terbang Frankfurt semalam sebelum berlepas ke London.
Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia yang baru ke United Kingdom, Ireland dan Malta, berpangkalan di London.
Beliau diganti oleh Mohamed Sabri, yang pernah menjadi Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia ke Jepun.
Raja Badrulnizam berkata, perdagangan dua hala antara Malaysia dengan Jerman pada 2008 turun sedikit kepada 3.82 bilion euro (RM19 bilion) berbanding dengan 3.9 bilion euro (RM19.38 bilion) pada 2007, terutama bagi produk elektrik dan elektronik pada akhir 2008.
Kemelesetan ekonomi global turut menunjukkan aliran menurun bagi tempoh enam bulan pertama bagi tahun semasa, katanya.
Kebanyakan eksport Malaysia ke Jerman merupakan produk elektrik dan elektronik, getah mentah dan yang diproses, jentera dan komponen jentera, peralatan optikal dan saintifik yang mencatatkan 70 peratus daripada eksport keseluruhan ke negara itu.
Eksport perabot juga kian berkembang menjadi bahan eksport Malaysia yang semakin penting. Sejak 2007, Malaysia muncul pengeksport terbesar ke Jerman dari kalangan negara ASEAN. - Bernama
July 14, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com