KUCHING 5 Julai - Industri lada, melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) ingin menempatkan jenama lada Sarawak sebagai tanda aras produk dan perkhidmatan untuk pasaran khusus di peringkat global dengan sasaran hasil pengeluaran 40,000 tan pada 2020.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin berkata, adalah wajar untuk turut meningkatkan hasil ke satu tahap yang lebih tinggi daripada 20,000 tan sekarang selaras dengan perkembangan penggunaan lada di peringkat global.
"Dalam industri ini, saya berpendapat masih banyak potensi dari segi peluang meningkatkan produktiviti di peringkat ladang, inovasi produk dan kepelbagaian penggunaan lada boleh diterokai bagi meningkatkan permintaan dan seterusnya memperkasakan (industi ini)," katanya pada majlis anugerah industri lada Malaysia di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, jenama lada Sarawak, yang merupakan produk pertanian negara pertama berjaya mendapatkan penjenamaan dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), adalah satu kelebihan kepada produk lada negara.
Kini 90 peratus daripada 67,000 pekebun lada di negara ini adalah dari Sarawak, diikuti Johor, dengan eksport lada menyumbangkan perolehan wang asing melebihi RM5 billion sejak 1970an hingga tahun lepas.
Dari segi pasaran eksport, Hamzah berkata, produk lada negara ini telah berjaya dieksport ke 43 negara, termasuk pasaran khusus, manakala Malaysia tidak lagi bergantung kepada negara ketiga sebagai pengimport. - BERNAMA
July 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com