KUALA LUMPUR 5 Julai - Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Zarinah Anwar telah menerima anugerah kewangan Islam berprestij yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Sukuk London pada 2 dan 3 Julai.
Beliau menerima anugerah 'Sumbangan Paling Cemerlang bagi Pasaran Modal Islam', kata SC dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sejak mula menerajui SC pada April 2006, Zarinah telah memperjuangkan pembangunan pasaran modal Islam, kata suruhanjaya itu.
Di bawah kepimpinannya, Malaysia telah muncul sebagai salah satu penerbit sukuk di seluruh dunia, di mana 60 peratus daripada penerbitan sukuk dunia berasal dari Malaysia, katanya.
Hari ini, kira-kira 87 peratus daripada sekuriti tersenarai di bursa saham Malaysia mematuhi syariah, katanya.
Malaysia menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang mematuhi syariah, yang termasuk ekuiti, sukuk, dana saham amanah, dana Islam yang diniagakan di bursa (ETF), amanah pelaburan hartanah (REIT) Islam dan produk dan derivatif berstruktur. - BERNAMA
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com