July 4, 2009

Pelaburan kurang

Oleh AINUL ASNIERA AHSANbisnes@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Julai - Syarikat-syarikat elektrik dan elektronik (E&E) Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dijangka mengurangkan pelaburan di negara ini selari dengan unjuran kemerosotan jualan sebanyak 27.5 peratus kepada RM54.6 bilion pada tahun ini berbanding RM75.3 bilion pada 2008.

Pengerusi Industri Elektronik Malaysia Amerika, Datuk Wong Siew Hai berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan penurunan permintaan yang lebih ketara dalam pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

Beliau berkata, aliran penurunan dalam jualan produk E&E itu telah dikesan sejak Oktober tahun lalu.

Katanya, penurunan itu menyebabkan industri E&E tidak menawarkan kerja lebih masa, membeku pengambilan kerja dan kenaikan gaji, menghabiskan cuti tahunan, mengurangkan gaji, menangguhkan perbelanjaan modal, mengurangkan waktu bekerja serta melakukan pemberhentian kerja secara sukarela.

''MAEI mengunjurkan jumlah tenaga kerja bagi industri ini juga jatuh lima peratus kepada 53,400 pada tahun ini berbanding 56,200 pada 2008,'' katanya pada sidang akhbar ketika membentang kajian tahunan MAEI di sini hari ini.

MAEI yang dianggotai oleh 17 syarikat yang mengeluarkan semikonduktor dan barangan elektronik juga menduduki jawatankuasa industri elektronik Majlis Perdagangan Amerika Malaysia (Amcham).

Siew Hai berkata, pelaburan modal MAEI pada tahun ini, juga dijangka jatuh sebanyak 36 peratus kepada RM1.6 bilion berbanding RM2.5 bilion tahun sebelumnya.

''Penurunan jumlah pelaburan modal ini adalah kali pertama sejak lima tahun lalu,'' katanya.
Beliau berkata, kemerosotan pelaburan itu disebabkan kapasiti sebenar tidak digunakan sepenuhnya dan berikutan itu tidak perlu pelaburan besar.

Mengulas mengenai unjuran pada 2010, beliau berkata: ''Jualan dijangka kembali berkembang pada suku pertama tahun depan khusus bagi produk gajet''.
Siew Hai berkata, pada tahun lalu MAEI menyumbang sebanyak 29.5 peratus daripada jumlah eksport E&E di Malaysia.

Bagaimanapun, kata beliau lagi, MAEI mengunjurkan jualan bagi suku kedua tahun ini meningkat kira-kira 15 hingga 20 peratus berbanding suku sebelumnya manakala pada suku ketiga naik sebanyak 10 peratus.

Kenaikan itu didorong oleh kesan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi oleh kebanyakan negara terutama China, penyatuan operasi serta pembetulan dalam senaraian barangan atau inventori.

''Kami menjangka kebanyakan kilang akan kembali beroperasi seperti biasa termasuk pengambilan semula pekerja tetapi masih mengekalkan kawalan kos yang ketat,'' ujar beliau.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers