July 2, 2009

MIDA sasar FDI tumbuh lebih 5 peratus

KUALA LUMPUR 1 Julai - Lembaga Kemajuan Perindustrian (MIDA) menyasarkan pelaburan asing langsung (FDI) akan tumbuh lebih daripada lima peratus ekoran pengumuman penghapusan syarat ekuiti bumiputera semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jalilah Baba berkata, peningkatan peratusan tersebut akan dapat dilihat dalam tempoh beberapa tahun akan datang terutama bagi sektor perkhidmatan.

''Sebelum ini MIDA telah menerima banyak pertanyaan mengenai situasi perniagaan di Malaysia dan bagaimana untuk memasuki pasaran tempatan oleh pelabur asing. Mereka beranggapan dengan syarat 30 peratus ekuiti bumiputera itu menjadikan masalah kepada mereka.

''Selepas pengumuman penghapusan yang dibuat kerajaan semalam, syarikat asing ini akan lebih berminat untuk melabur di Malaysia,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Buku Laporan: Malaysia 2009 yang diterbitkan oleh Oxford Business Group di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarang Oxford Business Group, Andrew Jeffreys dan Pengarah Negaranya, Neslihan Aydagul.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO).

Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilan alih.

Sebelum ini syarikat-syarikat yang mahu disenaraikan perlu memenuhi syarat pegangan saham awam sebanyak 25 peratus, mengikut Peraturan Penyenaraian Bursa Malaysia dan syarat 30 peratus ekuiti bumiputera di bawah garis panduan FIC.

Bagaimanapun, mulai semalam, Keperluan Tebaran Awam akan dikekalkan dan sebagai tambahan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bakal memperkenalkan garis panduan baru.

Di bawah garis panduan baru itu, syarikat yang mahu membuat penyenaraian perlu menawarkan 50 peratus daripada 25 peratus tebaran pegangan saham awal kepada pelabur bumiputera.

Ini bermakna syarat ekuiti pelabur bumiputera telah dimasukkan bersama di dalam tebaran awam.

Jalilah berkata, liberalisasi yang dibuat kerajaan adalah tepat pada masanya bagi memastikan Malaysia tidak akan ketinggalan untuk menarik minat FDI di rantau ini.

''Sekiranya Malaysia tidak melakukan liberalisasi, kita akan ketinggalan kerana kebanyakan negara di rantau ini telah mula menjalankan proses tersebut,'' katanya.

Ketika ditanya mengenai risiko yang bakal dihadapi oleh syarikat-syarikat Malaysia disebabkan oleh liberalisasi ini, Jalilah berkata, ia hanya merupakan persepsi sahaja.

''Hakikatnya ia tidak memberikan sebarang risiko kerana kerajaan telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan bagi industri kecil dan sederhana (IKS), MIDA sendiri telah menyediakan geran bernilai hingga RM100 juta selain dibantu dengan pelbagai cara lain,'' jelasnya.

Tambah Jalilah, peraturan baru itu akan menjadikan negara lebih berdaya saing dalam pasaran modal dan meletakkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik di kalangan pelabur asing yang membabitkan pelaburan ekuiti.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers